tag:blogger.com,1999:blog-54467324572915457842024-03-05T22:10:46.462-08:00RUMAH CEREKAWALARumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.comBlogger21125tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-14359451770303511442016-11-27T22:32:00.002-08:002016-11-27T22:32:43.406-08:00Universiti Hantu Malaysia
Sesiapa nak masuk ke sini akan ditanya satu soalan penting oleh Naib Canselor Ahmad Kamal Abu Bakar: "Kamu ada bela Pelesit?" Budak hipster dari Subang Jaya atau Melayu liberal dari Bukit Kiara mungkin akan terpinga-pinga mendengar soalan ini. Mana nak cari Pelesit di tengah Kuala Lumpur?
"Sebagai seorang kanak-kanak Melayu ortodoks kampung yang membesar dalam dekad 80-an, saya pernah bela Pelesit, pernah duduk di tepi sungai dengan lukah menunggu kemunculan Hantu Air (agar saya boleh makan muntahnya) dan saya pernah tersempak dengan Hantu Kum Kum." Nak percaya atau tidak, terserah, tetapi begitulah mukadimah Ahmad Kamal kepada buku Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia. Saya boleh percaya pengakuannya, walaupun saya sendiri tidak percaya kepada hantu. Saya boleh percaya kerana pengakuannya begitu humor dan menyakinkan. Seperti mana terjemahan Ahmad Kamal ke atas teks asal susunan Danny Lim (berjudul The Malaysian Book of the Undead) hilang menjadi hantu dan digantikan dengan suara ngilai Ahmad Kamal.
Nama pun Universiti Hantu Malaysia, maka sudah tentu kitab kuliah Danny Lim ini akan menyediakan pelbagai jenis hantu untuk mengganggu dan merasuk mimpi-mimpi indah para pelajarnya. Senarai hantu disusun dari A-W. Kehilangan beberapa abjad dalam senarai ini ("e", "f," "n," "q," "x," "y," "z") membuat saya terbayang keluhan H. P. Lovecraft di dalam kubur terhadap kreativiti bomoh dan pawang Melayu apabila dibandingkan dengan senarai hantu yang dia pernah ciptakan ("Yig," "Nyarlathotep," "Yog-Sothoth").
Cara Danny menyusun senarai hantunya adalah seperti memilih selebriti untuk Anugerah Bintang Popular. Pentas diberi keutamaan kepada hantu-hantu yang sudah berakar dalam imaginasi kita: Toyol, Pocong, Penunggu, Orang Minyak, Pontianak, Bunian. Paling melucuckan dalam senarai ini adalah Hantu Kopek (atau "Hantu Tetek") yang kerjanya adalah menangkap kanak-kanak di waktu Maghrib dan melemaskan mereka dalam pelukan buah dadanya yang melayut.
Pembaca perempuan berdarah feminis mungkin akan menyampah dengan Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia. Sebahagian besar hantu di alam kita ini adalah perempuan yang dahagakan darah orang. Tetapi cuba kita fikir di sebaliknya: bukankah kehadiran hantu-hantu perempuan ini sebenarnya menunjukkan perempuan lebih berkuasa ke atas lelaki Malaysia? Kalau tidak percaya, tanyalah Ahmad Kamal yang bercinta dengan Hantu Air.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-20992556672988691202016-06-24T10:39:00.000-07:002016-06-24T10:41:58.089-07:00Pengarang Sebagai Ahli Kartografi
Saya suka peta. Terutama sekali peta yang dilukiskan secara detail dalam buku fantasi. Saya membesar dengan buku-buku permainan fantasi, dan antara kriteria utama saya lihat ketika membelek buku untuk dibeli adalah illustrasi dalaman dan peta. Kalau tidak ada peta, semangat saya untuk membeli buku itu akan kurang. Peta penting bagi saya bukan sekadar nak tengok gambar bukit, hutan, dan sungai yang cantik. Peta sendiri mempunyai cerita. Peta membuka jalan kepada mata kita untuk meneroka dan mengembara ke wilayah-wilayah yang tersembunyi.
Berbeza dengan kebanyakan novel sastera tulen di Malaysia, Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan menyediakan peta kepada pembaca. Barangkali kerana Republik Ogonshoto itu adalah kepulauan imaginasi, dan barangkali kerana bentuk novel ini adalah serpihan pelbagai cerita, maka Anwar merekakan peta sebagai panduan. Peta Republik Ogonshoto memang tidak cantik (gunung berapi dilukis hanya menggunakan simbol segi tiga). Tetapi sifat peta yang minimalis ini membuat saya lebih tertanya-tanya tentang apa sebenarnya ada di bumi Ogonshoto. Saya nak tahu warna tanahnya, saya nak tahu perbezaan fesyen baju orang di pulau Gora-Gora dengan orang di pulau Rai-Rapa, saya nak tahu kopi dan teh jenis apa mereka minum. Sebagai pengarang, Anwar sudah tentu harus memilih, mentafsir, dan mengasing-asingkan setiap detail yang akan dimasukkan ke dalam ceritanya. Dia tidak perlu menceritakan semua peristiwa di Ogonshoto, dan kalau dia ingin sekali pun, dia tidak akan mampu buat kerana fiksyen merentas sempadan mana-mana peta. Ada ruang kosong yang sentiasa harus ditinggalkan kepada imaginasi pembaca.
Nah, cuba bandingkan pula dunia Anwar Ridhwan dengan dunia H. P. Lovecraft yang memang jauh lebih imaginatif. Di bawah saya kongsikan lakaran tangan yang Lovecraft sendiri pernah buat untuk bandar Arkham pada tahun 1934.
Sekarang bandingkan dengan versi permainan papan Arkam Horror.
Walaupun dari segi tekstur cerita, dunia Lovecraft lebih kaya dan berwarna-warna berbanding Anwar, Lovecraft tetap meninggalkan ruang kosong yang banyak,, seperti kita boleh lihat dalam lakaran petanya. Peminat yang kemudian membuat dunia Lovecraft menjadi lebih konkrit dan visual. Maka ini juga bagi saya kelebihan besar tulisan cerekawala kerana peta imaginasinya sangat asing dan baru kepada pembaca, ia membuat pembaca menjadi teruja, takut, dan bimbang untuk menyelak halaman buku seterusnya.
Akhirnya ada peta atau tidak bukan persoalan penting kerana setiap buku merupakan sebuah peta kepada pembaca. Kita membaca judul, kita membaca nama pengarang, dan kita melihat sampul belakang seolah merancang pengembaraan seterusnya ke Mesir atau hutan Amazon. Kita membaca kerana imaginasi kita kaos dan kucar-kacir, lalu kita memerlukan peta penceritaan untuk memberikan ia struktur, bentuk, dan makna emosi yang jelas.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-29669831574011932392016-06-09T10:49:00.000-07:002016-06-09T12:35:23.677-07:00Lukisan Mural oleh Pu Songling
(Terjemahan oleh Liang Hong)
Tuan Meng Longtan yang berasal dari Jiangxi, bersama-sama dengan Tuan Zhu, seorang cendekiawan yang mendapat gelaran juren merantau ke ibu negara. Pada suatu hari, secara kebetulan, mereka tiba di sebuah kuil agama Buddha, dan didapati mereka bangunan berserta asrama-asrama sami dari kuil itu tidak begitu besar, hanya ada seorang pendeta tua tinggal di situ. Apabila didapatinya ada tetamu datang menziarah pendeta itu pun mengemaskan jubahnya dan mengiringi mereka berdua itu bersiar-siar di pelbagai tempat dalam kuil itu. Di tengah-tengah ruang kuil terdapat sebuah patung Zen Tuan Baozhi dan pada kedua-dua belah dinding terdapat lukisan yang sangat menarik. Watak dalam lukisan itu kelihatan seperti hidup. Dalam lukisan mural pada dinding sebelah timur "sekumpulan dewi sedang menaburkan bunga-bungaan di syurga." Antara mereka ada seorang gadis jelita yang rambutnya terurai, tersenyum simpul dengan sekuntum bunga di dalam tangannya. Bibirnya yang merah bagaikan ceri itu seakan-akan bergerak, dan bola matanya yang menggenang seolah-olah sedang mengerling. Tuan Zhu menumpukan pandangannya kepada dewi itu dalam masa yang cukup lama, sehinggakan seluruh perhatiannya begitu tertarik kepadanya, dan dia berasa dirinya berada dalam keadaan terpukau. Sementara itu, dia berasa tubuhnya melayang-layang bagaikan terapung-apung dalam awang-awangan dan tiba-tiba dia berada di dalam lukisan dinding itu.
Maka ternampak olehnya mahligai bertingkat-tingkat, dan ternyata tempat itu bukan lagi dunia insani. Kelihatan olehnya seorang pendeta tua beragama Buddha sedang bersyarah tentang Dharma di atas mimbar, dan ramai pendengar yang berjubah dengan mendedahkan sebelah bahunya mengelilinginya; maka Tuan Zhu pun menyusup ke tengah-tengah mereka itu.
Tidak lama kemudian, dirasainya ada orang secara diam-diam menarik lengan bajunya. Apabila dia memalingkan kepalanya, didapatinya gadis jelita yang rambutnya terurai tadi, melemparkan senyuman yang menawan. Gadis itu bergegas beredar dan Tuan Zhu pun mengekorinya tanpa berlengah-lengah lagi. Dengan mengikuti jalan yang berliku-liku, akhirnya wanita itu telah masuk ke dalam sebuah kamar kecil. Setibanya di situ Tuan Zhu berasa ragu dan tidak berani maju ke depan. Gadis itu pun memalingkan kepalanya, dan dari jauh melambai-lambaikan bunga dalam tangannya tanda mengajak datang; Tuan Zhu pun datang menghampirinya di dalam rumah yang sunyi senyap tiada orang. Maka Zhu pun memeluk si gadis dan perbuatannya itu tidak pun dielak olehnya; lalu bercumbu-cumbuanlah mereka. Selepas itu, wanita tersebut meninggalkan tempat itu dengan menutup pintu, dan sebelum itu ia berpesan kepada Zhu supaya duduk diam-diam. Pada sebelah malamnya, si gadis datang lagi dan perbuatan sedemikian itu berlarutan dua hari lamanya dan sudah pun diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka datang mencari dan ditemuinya Zhu di tempat persembunyiannya.
Maka ketawalah mereka semua sambil berkata kepada si gadis itu: "Perut kau telah pun mempunyai bayi yang cukup besar, namun masih berambut terurai, berpura-pura macam anak gadis sunti!" Mereka lalu mengeluarkan cucuk sanggul dan anting-anting, dan mendesaknya supaya menyanggul rambutnya. Muka si gadis menjadi merah padam dan dia membungkam diri. Seorang daripada mereka pun berkata: "Jangan lama sangat saudaraku mununggu di sini, mungkin orang tidak menyenangi kita!" Dan pergilah mereka itu sambil ketawa terkekel-kekel.
Tuan Zhu mendapati gadis itu bertambah cantik dan lebih menarik setelah fesyen rambutnya diubah daripada fesyen yang asalnya terurai menjadi sanggul tinggi ibarat awan di langit dan ikal di kedua-dua belahnya itu melengkung laksana sepasang burung cenderawasih di bawah telinganya. Apabila dilihatnya tiada orang lain lagi di sekeliling, maka nafsu keberahian kedua-duanya pun semakin memuncak. Bau anggerik dan kasturi pada si gadis menusuk ke dalam sanubari Tuan Zhu, namun sebelum mengecapi sepenuh kepuasan, tiba-tiba terdengar oleh mereka bunyi derap langkah kasut but kulit, yang sangat kuat. Bunyi gemerincing rantai dan belenggu besi diikuti dengan suara bising pertelingkahan. Si gadis sangat terkejut, lalu bingkas bangun dan bersama-sama Zhu mengintai dari dalam bilik. Kelihatan oleh mereka seorang utusan yang berbaju zirah keemas-emasan, mukanya hitam ibarat cat, sebelah tangannya memegang sebuah penggodam atau senjata palu, dan sebelah menjinjing rantai, dan dikelilingi oleh rakan-rakan si gadis. Ujar utusan itu: "Kesemuanya sudah ada di sini? dan dijawab: "Semuanya sudah hadir." Utusan itu menambah: "Barang siapa yang menyembunyikan orang dari dunia insani, segeralah membuat pengakuan bersama, supaya jangan menyusahkan diri sendiri nanti!" maka dijawab oleh mereka itu: "Tidak ada." Kemudian, utusan itu memerhati ke sekelilingnya, seolah-olah akan bertindak untuk menggeledah. Maka bukan kepalang takutnya si gadis, sehingga mukanya menjadi pucat lesi, lalu terburu-buru dia berkata kepada Zhu: "Cepat, sembunyi di bawah katil itu." Dan sesudah itu, dia membuka daun pintu kecil di dinding dan melarikan diri. Zhu yang meniarap di bawah katil itu terpaksa menahan nafasnya, dan tidak lama kemudian, terdengar olehnya bunyi derap kasut masuk ke dalam biliknya dan keluar semula dari situ; tidak lama kemudian, hiruk-piruk di luar menjadi semakin reda. Tuan Zhu kembali tenang; namun percakapan tentang hal tadi daripada orang yang lalu-lalang di luar biliknya masih kedengaran. Setelah cukup lama Tuan Zhu meringkuk, maka dia keletihan, sehingga telinganya berdesing dan matanya berpinar-pinar dan sudah tidak tertahankan lagi. Dia hanya mendiamkan diri menunggu kepulangan si gadis. Dia sendiri tidak ingat lagi di mana dia berada sebelum datang ke situ.
Pada ketika itu, Tuan Meng - rakan Zhu yang sedang berdiri di dalam kuil menyedari bahawa Zhu telah hilang dalam sekelip mata, lalu dia bertanya kepada pendeta tua itu dengan penuh keraguan. Sambil tersenyum pendeta itu berkata: "Dia telah pergi mendengar syarahan tentang hukum hakam di Dharma." Ditanya lagi ke mana perginya, jawabnya tidak jauh. Sejenak kemudian, pendeta tua itu mengetuk dinding dengan jarinya dan berseru: "Tuan Zhu, mengapa bersiar-siar begitu lama dan masih belum pulang?" Maka ternampak pada dinding itu gambar Zhu yang sedang berdiri dan memasang telinga seolah-olah sedang mendengar sesuatu di situ. Maka berseru lagi pendeta itu: "Rakanmu dah lama sangat menunggu!" Maka melayanglah dia turun dari dinding itu, fikirannya melayang dan kakinya menjejak bumi, dan dia berdiri terpacak bagaikan sebatang kayu di situ, matanya merenung ke depan, kakinya lembik tidak bertenaga. Keadaan itu membuatkan Tuan Meng sangat terperanjat dan ia bertanya kepada Zhu dengan perlahan-lahan. Maka diceritakannya bahawa ia masih meniarap di bawah katil, apabila terdengarnya bunyi ketukan yang kuat, lalu ia keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang berlaku.
Selepas itu, mereka berdua sama-sama menyaksikan si gadis yang memegang sekuntum bunga dalam lukisan dinding itu kini telah bertukar fesyen rambutnya daripada yang tadinya terurai ke bawah menjadi sanggul fesyen pilin naik ke atas. Tuan Zhu sangat takjub, maka sambil memberi hormat, dia bertanya kepada pendeta tua itu mengapa berlaku demikian. Maka dijawab oleh pendeta itu sambil tersenyum: "Segala khayalan itu sebenarnya lahir dari fikiran. Bagaimanakah dapat aku menjelaskannya?" Setelah mendengar kata-kata itu, Tuan Zhu berasa kecewa dan sedih; manakala sahabatnya Tuan Meng juga berasa takut dan bingung. Akhirnya mereka berjalan keluar menuruni tangga di depan pintu kuil itu dan beredar dari situ.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-46216838748831002252016-06-02T01:04:00.001-07:002016-06-02T02:34:06.605-07:00Teori Permainan Game of Thrones
Ibu kota Westeros, King's Landing
Westeros ialah sebuah benua fantasi yang sangat mirip dengan Great Britain di zaman medieval. Setiap negeri diperintah oleh raja dan rakyat biasa ialah orang suruhan yang tertakluk kepada daulat raja dan undang-undang di negeri tersebut. Ketika George R. Martin memulakan kisah Game of Thrones (GOT), Westeros sedang melalui tahun-tahun keamanan, dan tujuh negeri atau wilayah utama benua itu sedang diperintah oleh Raja Robert daripada Keluarga Baratheon. Keamanan ini tidak kekal lama. Penasihat (atau "tangan") kepada Raja Robert, iaitu John Arryn, telah mati diracun. Sebagai pengganti, Raja Robert melantik sahabat lamanya Eddard Stark daripada Keluarga Stark. Ini mencetuskan konspirasi dalaman di bandar ibu kota Westeros, King's Landing, sehingga akhirnya berlaku permusuhan antara Keluarga Stark dan Keluarga Lannister yang membawa kepada kejatuhan dinasti Keluarga Baratheon.
Ini hanya gambaran ringkas dunia GOT yang dicipta oleh George R. Martin. Namun kita sudah boleh nampak bahawa ini bukan sebarang cerita fantasi. Walaupun GOT masih mempunyai naga, hantu, dan kuasa sihir, tetapi pengarangnya telah membataskan peranan unsur magis kepada perjalanan cerita. Berbeza dengan Lord of the Rings, mekanisme utama GOT bukan pertentangan antara kuasa kebaikan dan kuasa kejahatan. Mekanisme utama GOT ialah permainan kuasa. Prinsip moral, kekuatan tentera, dan kemewahan bukan jaminan seseorang itu akan berkuasa di Westeros. Nak berkuasa dan menang di Westeros, anda harus terlebih dahulu tahu bagaimana untuk main Game of Thrones.
Saya selalu percaya hidup kita ialah siri permainan yang tidak pernah berakhir. Mula-mula kita lahir dalam sebuah keluarga dan sebagai bayi kita belajar untuk hidup dan menyesuaikan diri dengan permainan keluarga kita. Di padang bola, kita belajar permainan budak-budak di padang. Di sekolah, kita belajar permainan antara guru dan pelajar. Apabila kita meningkat dewasa, kita akan mula sedar semua permainan tadi dikawal dan dipengaruhi oleh satu sistem permainan yang berkuasa. Kerajaan. Politik ialah cara sebuah kerajaan mengagihkan kuasa dan cara kerajaan mengawal pemain-pemain dalam permainannya. Sebagai rakyat, kita jarang dapat mempengaruhi keputusan kerajaan, kerana kita berada di pihak pengguna, bukan pencipta peraturan. Kalau dalam permainan bola sepak, kita boleh berhenti bermain pada bila-bila masa apabila kita bosan, atau apabila pengadil membuat keputusan berat sebelah. Tetapi permainan kehidupan ternyata jauh lebih rumit daripada keputusan kalah dan menang di padang bola. Kerap kalinya kita terpaksa main beberapa permainan secara serentak. Permainan kita sebagai warganegara; permainan kita sebagai pekerja; permainan kita sebagai majikan; permainan kita sebagai ibu bapa; permainan kita sebagai konsumer barang; permainan kita sebagai hamba Tuhan. Barangkali kematangan seseorang boleh diukur berdasarkan kecekapannya menguruskan diri dalam suatu permainan atau beberapa permainan. Namun adakah kecekapan dan kelincahan bermain mempunyai nilai yang sama dengan kebenaran? Tidak juga. Orang yang cekap bermain politik tidak semestinya seorang manusia yang baik. Dia hanya perlu tahu bagaimana untuk menang.
Sebelum saya kembali kepada GOT, saya ingin memperkenalkan teori permainan James P. Carse dalam bukunya berjudul Finite and Infinite Games. Premis Carse sangat mudah:
"Dalam hidup ini ada dua jenis permainan. Satu dipanggil finiti; satu lagi dipanggil infiniti. Permainan finiti dimain dengan tujuan untuk menang, sementara permainan infiniti dimain dengan tujuan untuk terus bermain."
Carse mengulas teori ini dengan panjang lebar. Jadi saya akan buka sedikit demi sedikit teori Carse sambil membincangkan permainan kuasa dalam GOT. Terlebih dahulu mari kita lihat permainan finiti. Kalau kita bermain untuk menang, maksudnya kita mesti ada peraturan jelas, kerana tanpa peraturan kita tidak akan tahu siapa pemenang akhirnya. Di manakah ia berlaku? Bila ia bermula dan bila ia akan berakhir? Langgar atau setia pada peraturan, itu cerita lain. Di sebuah pejabat, seorang pekerja melanggar peraturan dengan menggoda majikannya, tetapi dia tetap menang apabila dia mendapat kenaikan pangkat bulan berikutnya. GOT mempunyai beberapa tokoh penting yang bermain untuk menang. Antaranya adalah Tywin Lannister, Robb Stark, Stannis Baratheon, Roose Bolton, Daenerys Targaryen. Saya nak fokus kepada Stannis dahulu.
Stannis Baratheon
Stannis adalah saudara kepada Robert Baratheon dan pewaris tulen kepada takhtanya. Di permulaan GOT, kita melihat Raja Robert mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinannya dengan Cersei Lannister. Namun kemudian kita mendapat tahu kedua-dua anak itu sebenarnya lahir hasil hubungan incest antara Cersei dengan saudara kembarnya Jaime Lannister. Apabila Raja Robert mangkat, anak sulung Cersei diangkat ke kerusi kuasa kerana semua orang masih percaya Joffrey adalah anak kepada Robert. Stannis mengetahui rahsia sebenar melalui surat yang dikirim oleh Eddard Stark. Lalu Stannis pun mengumpulkan tentera untuk merampas takhta daripada Joffrey.
Stannis digambarkan oleh George R. Martin sebagai seorang yang serius, tegas, dan taksub kepada keadilan. Dia hidup menyendiri di kubu Dragonstone dan tidak ambil peduli tentang situasi politik di King's Landing. Selain itu Stannis juga seorang panglima tentera yang cekap dan mempunyai askar-askar yang berdisiplin dan sangat setia kepadanya. Stannis mengingatkan saya kepada Macbeth. Seperti Macbeth, Stannis menerima ramalan sihir yang dia akan menegakkan keadilan dan menjadi raja suatu hari nanti. Dan seperti Macbeth, Stannis bersedia melanggar etika peperangan dan membunuh sesiapa sahaja untuk menang.
Permainan Stannis bermula apabila dia memberontak dengan Joffrey dan ia akan berakhir apabila dia menjadi raja. Matlamat Stannis jelas, tetapi dia ingin menang tanpa berkompromi dengan sistem permainan kuasa di Westeros. Di mata Stannis, hidup ini hanya ada dua jenis pemain: mereka yang berkuasa dan mereka yang patut kepada penguasa. Berbeza dengan Tywin Lannister, Stannis enggan bermain politik dengan sesiapa pun. Dia percaya hipokrasi adalah nanah yang sedang merosakkan Westeros dan adalah menjadi takdirnya untuk menghapuskan nanah itu.
Akan tetapi angan-angan Stannis tidak praktikal kerana tidak ada sesiapa boleh menang dalam sebuah permainan seorang diri. Sebab itu kehadiran Ser Davos Seaworth sebagai penasihat Stannis sangat tepat. Davos bukan seorang bangsawan dan tidak mempunyai sebarang cita-cita melainkan untuk berkhidmat kepada Stannis. Davos mempunyai pengalaman sebagai penyeludup barang dan dia telah merantau ke pelbagai kota pelabuhan di Westeros. Davos faham segala muslihat dan kehendak orang-orang biasa untuk menjadi kaya dan hidup senang. Davos faham bahawa budaya hidup ialah permainan infiniti. Budaya tidak ada sempadan. Sesiapa sahaja boleh keluar dan masuk.
Carse telah menulis: "Masyarakat adalah manifestasi kekuasaan. Ia ibarat sebuah teater dengan susunan skrip yang jelas." Namun apabila ada pihak menyimpang daripada skrip asal, masyarakat akan menyesuaikan diri, dan mengubah skrip asal. Sejarah hanya batu loncatan ke petak seterusnya. Ini masalah Stannis dalam GOT. Dia percaya skrip permainan ialah takdir yang pasti berlaku. Sejarah tidak akan pernah membuat penyimpangan. Stannis pernah menewaskan angkatan laut besi Keluarga Greyjoy ketika Robert masih berkuasa. Tetapi sejarah sama tidak berulang di Blackwater apabila angkatan laut Stannis ditewaskan dengan mudahnya oleh tipu helah Tyrion Lannister. Ser Davos ialah seorang penasihat yang bagus, tetapi tidak ada kata-kata emas di seluruh Westeros yang boleh mengubah Stannis daripda pendiriannya. Dia ingin menang dan disebabkan itu akhirnya dia kalah.
Saya akan berkomentar lagi tentang GOT apabila ada masa.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-38292870903907729822016-05-03T19:42:00.002-07:002016-05-03T19:53:18.009-07:00Insomnia oleh Virgilio PineraLelaki itu masuk tidur awal tetapi tidak dapat melelapkan mata. Dia merekot di kiri dan kanan. Dia menyalakan rokok. Dia membaca. Dia memadamkan lampu sekali lagi. Tetapi dia masih tidak boleh tidur. Pukul tiga pagi dia bangun. Dia telefon kawannya di rumah sebelah dan cerita masalah tidurnya. Dia minta nasihat. Kawannya cadangkan dia keluar berjalan supaya badannya cepat letih - kemudian minum secawan teh dan padamkan lampu. Dia cuba semua benda itu tetapi dia masih tidak boleh tidur. Dia bangun lagi. Kali ini dia terus pergi jumpa doktor. Macam biasa doktor itu bercakap panjang dengannya, tetapi dia masih tidak boleh tidur. Tepat jam enam pagi dia keluarkan pistol dan tembak kepalanya. Lelaki itu sudah mati tetapi dia masih tidak boleh tidur. Memang macam itulah Insomnia.Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-65428663791164910432016-04-19T21:14:00.001-07:002016-06-02T02:27:02.150-07:00Membangunkan Kota-Kota Mimpi
Ketika sedang membaca biografi Walter Benjamin baru-baru ini saya membuat satu kesimpulan: Eropah tidak akan dapat melahirkan seorang Borges. Dari segi kegilaan bacaan dan ketajaman akal fikiran, Benjamin dan Borges memang sama-sama hebat. Namun ada satu perbezaan ketara antara mereka berdua: imaginasi. Benjamin boleh membaca Baudelaire, Dostoyevsky, Kafka dengan sangat kritikal sehingga ke tahap dia mampu menterjemahkan idea mereka menjadi idea miliknya dan kita tidak akan perasan. Benjamin berfikir melalui buku yang dibacanya.
Borges bukan sekadar berfikir melalui buku seperti Benjamin, dia juga seorang arkitek yang menyusun kata-kata menjadi sebuah kota mimpi. Justeru kita akhirnya membaca Borges bukan untuk mencari ideanya, tetapi kita ingin mencari dan membuka pintu-pintu tersembunyi di tembok kotanya.
Tetapi dalam pembacaan saya, ada banyak kota lain saya telah kunjungi selain daripada kota yang dibina oleh Borges. Ia tidak terbatas kepada buku. Malah kadang-kadang permainan video dan komputer mampu membuka imaginasi kita ke dunia yang jauh lebih luas dan detail berbanding dunia imaginasi dalam bentuk kata-kata. Salah satu permainan komputer yang ada dalam komputer riba saya sekarang adalah King of Dragon Pass. Dunianya adalah fantasi di mana pemain menjadi pemimpin kepada sebuah puak yang ingin membina penempatan baru. Selain menguruskan tanaman ladang, lembu, dan kesihatan semua orang, pemain juga harus menjaga hubungan diplomatik dengan puak-puak jiran di negeri itu. Kadang-kadang tempat anda akan diserang penyamun atau tentera gergasi. Di waktu lain anda akan melakukan upacara korban kepada dewa-dewa yang wujud dalam dunia permainan ini. Dan menariknya, walaupun ini adalah sebuah permainan komputer, sistemnya hanya diatur dan digerakkan oleh teks. Pemain harus membuat pilihan berdasarkan teks dan pilihan itu akan membawa pemain ke teks seterusnya dan seterusnya. Saya sudah bermain King of the Dragon Pass semenjak zaman sekolah menengah, dan sehingga ke hari ini saya masih menemui variasi naratif dan teks baru setiap kali saya membuat keputusan. Orang yang merekakan permainan ini tidak dinafikan lagi mempunyai imaginasi seorang novelis. Sangat detail dan sangat hidup dunianya walaupun hanya bermain dengan teks dan illustrasi.
Ketika membuka buku The Dictionary of Imaginary Places susunan Alberto Manguel dan Gianni Guadalupi, saya memasang angan-angan kosong akan menemui catatan tentang dunia King of Dragon Pass. Sudah tentu hasrat saya dikecewakan. Alberto Manguel membataskan pilihannya kepada tempat-tempat imaginatif dalam dunia sastera, bahkan latarnya pun mesti mirip dengan planet Bumi dan tidak boleh berlaku di planet asing. Maka kita akan menemui Middle-Earth dan Hogwarts, tetapi kita tidak akan menemui Marikh atau Arrakis. Saya paling terkilan apabila Manguel tidak memasukkan bandar Gotham dalam bukunya kerana imej Gotham sangat subur dalam imaginasi kebanyakan peminat komik dan filem adiwira. Tetapi, yalah, Batman bukan sastera - ia hanya dunia dalam sebuah komik.
Di akhir tulisan in saya terfikir satu perkara: kenapa kita mesti menyerahkan kepada Barat untuk mengatur dan memetakan geografi imaginasi kita? Kalau kamus mereka tidak ada ruang untuk mengisi dunia fantasi Ramayana atau cerita-cerita hantu Pu Songling, kita harus melakukannya sendiri. KIta boleh melakukannya kerana kita bukan bangsa Eropah yang terlalu analitikal dan memandang serius terhadap semua benda. Saya percaya bangsa di Asia Tenggara ini bukan secara semula jadinya bangsa yang mencipta idea, tetapi bangsa yang mencipta cerita. Kita adalah bangsa yang membangunkan kota-kota mimpi.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-16540525247396858842015-11-11T20:42:00.000-08:002015-11-11T20:42:13.468-08:00Lovecraft Bangkit Dari KuburEsei ini asalnya diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera September 2015
yang Lovecraft ciptakan: weird fiction
atau cerita ajaib. Di tangan penulis generasi baharu seperti Jeff Vandermeer
dan China Miéville weird fiction
dirangkakan semula dan dimutasikan (melalui kacukan horor dan fiksyen sains era
new wave) menjadi new weird. <o:p></o:p>
ajaib dalam sejarahnya mempunyai tiga fasa penulisan: Mitos Pertama (Lovecraft
dan pengikut-pengikut terdekatnya seperti Clark Ashton Smith, Fritz Leiber, dan
August Derleth), Mitos Kedua (kebangkitan horor sebagai genre penulisan
komersil di tangan pengarang seperti Stephen King, Ramsay Campbell, Peter
Straub, dan Clive Barker), Mitos Ketiga (memperhaluskan dan menghidupkan semula
semangat generasi Mitos Pertama dalam tulisan pengarang seperti Thomas Ligotti,
Laird Barron, Jeff Vandermeer dan China Miéville). Dalam ketiga-tiga mitos ini,
Lovecraft adalah raja raksasa yang berdiri di tebing bukit dan mengembangkan
bayang sayapnya ke atas lembah penulisan cerita ajaib. <o:p></o:p>
Gaiman berkata: “Lovecraft melahirkan tema dan obsesi penulisan horor di abad
kedua puluh, dan bayang itu akan sentiasa bersama kita di abad kedua puluh satu
dan seterusnya.”<o:p></o:p>
Philips Lovecraft (atau H. P. Lovecraft) dilahirkan pada 20 Ogos 1890 di
Providence, Rhode Island. Keluarganya kaya dan mempunyai sejarah pertalian
darah yang bermula dari Devonshire, England sebelum mereka berhijrah ke New
York pada awal abad kesembilan belas. Ketika Lovecraft berusia tiga tahun,
ayahnya iaitu Winfield Scott Lovecraft, dimasukkan ke dalam hospital sakit gila
sebelum meninggal dunia lima tahun kemudian. Maka jagaan dan didikan Lovecraft
jatuh ke tangan ibunya, Sarah Susan Philips Lovecraft, dan kedua-dua orang
anak-beranak ini jarang sekali berenggang selepas itu. Seperti Marcel Proust, Lovecraft
membesar sebagai anak emak yang mudah sakit dan sering terperap di dalam rumah,
dan seperti Proust juga, kesunyian dan kebosanan mencetuskan minat Lovecraft kepada
buku dan alam imaginasi. Di zaman kanak-kanaknya dia membaca Hikayat Seribu
Satu Malam dan kisah-kisah dongeng Grimm. Kita boleh membayangkan Lovecraft dan
Proust sama-sama membaca sastera klasik Perancis dan buku seram Gotik sambil
terlentang sakit di atas katil. Kita tahu Lovecraft pernah membaca novel Proust
dan sangat mengaguminya, tetapi mustahil Proust pernah mendapat peluang untuk
membaca Lovecraft. Matlamat Proust setiap kali penanya menurunkan kata-kata
adalah untuk berada di makam sastera paling tertinggi, sementara Lovecraft tidak
mampu, selain tidak berminat dan enggan bertolak ansur, untuk memasang sayap ke
syurga: dia lebih senang dan berbahagia bermain di ruang marginal
majalah-majalah picisan (atau pulp
seperti mana ia dikenali di Amerika Syarikat) seperti Weird Tales dan Amazing
Stories. <o:p></o:p>
bukan pengarang yang prolifik kalau nak dibandingkan dengan penulis-penulis pulp lain di zamannya. Malah dia tidak
pernah menulis sebuah novel kecuali tiga karya panjang yang boleh dikategorikan
sebagai novela sahaja: The Dream Quest of
Unknown Kadath, The Case of Charles
Dexter Ward, dan At the Mountain of Madness. Selebihnya adalah
sejumlah enam puluh buah cerpen yang kebanyakannya diterbitkan oleh Weird Tales. Bayaran royalti Lovecraft
terima sangat rendah dan tidak mencukupi untuk menampung corak hidupnya yang
enggan menerima apa-apa pekerjaan kecuali menulis. Lovecraft pernah ditawarkan
jawatan editor majalah Weird Tales,
tetapi menolak, kerana menerimanya bermaksud dia harus berpindah ke Chicago dan
berada jauh dari Providence. Lovecraft hanya berpindah sekali ke New York pada
1924 apabila dia berkahwin dengan Sonia Haft Green (perkahwinan ini tidak kekal
dan mereka tidak pernah mendapat anak). Keberadaan Lovecraft di New York hanya
mengukuhkan lagi sentimen perkauman dalam dirinya terhadap golongan imigran dan
ia melimpah masuk ke dalam cerpen seperti He
dan The Horror at Red Hook. Bersama
Rudyard Kipiling dan Joseph Conrad, Lovecraft menanggung dosa perkauman
sehingga ke hari ini, ibarat parut yang tidak boleh dipadamkan. <o:p></o:p>
sering kali mencipta imaginasi dan pemikiran mereka dalam kegelapan berbanding
di bawah cahaya moraliti sesuatu zaman. Martin Heidegger adalah ahli falsafah
paling berpengaruh di abad kedua puluh, namun pada masa sama dia juga mendukung
ideologi Nazi, dan tidak pernah membuat pemohonan maaf selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua. Justeru, dalam kita menilai
dan menghukum kehadiran seekor gergasi, adakah kita patut memandang pada kuku,
taring, dan wajah ngerinya, atau kita patut memandang pada monumen-monumen lama
yang diruntuhkan dan dunia baru yang diciptakan? <o:p></o:p>
Michael Moorcock: “Cerita ajaib tidak mempunyai sebarang syarat khusus, dan ini
adalah antara keistimewaannya jika cerita yang ingin disampaikan oleh seorang
penulis tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk konvensional. Walaupun cerita
ajaib sering kali membaurkan unsur ghaib, atau membayangkan unsur ghaib, ia
bukanlah suatu kewajipan.” Hal sama jika boleh dikatakan tentang cerpen-cerpen Lovecraft:
bukan semuanya menekankan unsur seram, ngeri, dan horor. Cerpennya ditulis
bukan untuk memeranjatkan pembaca. Pencerita Lovecraft (dan kebanyakan
pencerita dalam genre cerita ajaib) sering kali berdepan atau terperangkap
dalam situasi aneh, ajaib, dan membingungkan kefahaman kebiasaan kita tentang
kejadian manusia, hukum alam, dan aturan kosmologi. Unsur “keajaiban” ini
bertindak bukan sebagai antagonis (seperti mana ia sering berlaku dalam novel
horor) tetapi menjadi pemangkin, pencetus, dan di kemuncaknya, pemusnah kepada
kestabilan rasionaliti seorang pencerita. <o:p></o:p>
sastera realisme mengharmonikan hubungan keberadaan antara seorang manusia dan
alam di sekelilingnya, maka sastera imaginatif mencabar hubungan tersebut. <o:p></o:p>
menghadirkan kehancuran atau teror kosmik dalam ceritanya melalui pelbagai
cara. Antaranya adalah meruntuhkan kebergantungan manusia pada seni seperti
yang kita temui dalam cerpen The Music of
Erich Zann. Bahasa menjadikan kita manusia berfikir, tetapi bahasa sebagai
sistem perhubungan sosial, turut memisahkan kita daripada alam. Maka jalan
kembali kepada alam untuk manusia adalah melalui karya seni. Cerita Lovecraft
mengisahkan pengalaman seorang sarjana filasafat yang terpesona dan tertaksub
dengan mainan muzik lelaki tua eksentrik bernama Erich Zann. Secara kebetulan,
dan tanpa sebarang ingatan, pencerita Lovecraft menemui pekan Rue d’Auseil yang
sentiasa gelap dan sunyi di seberang sebuah jambatan berbatu hitam dengan rumah-rumah
“tinggi, berbumbung tirus, usang, dan menyandar ke belakang serta menyendeng ke
kiri dan ke kanan.” Dia kemudian menyewa di apartmen sama dengan Erich Zann dan
hari demi hari dia mengunjungi rumah orang tua itu untuk mendengarnya main
biola. Di sini, muzik yang asalnya memberikan pengalaman transendental kepada
pemain dan pendengarnya, bertukar menjadi kuasa rasukan seolah-olah nota-nota
muzik yang Erich Zahn mainkan adalah nyanyian dan seruan kepada dunia dari alam
ghaib. Cerita ini mencapai kemuncaknya, pada suatu malam, apabila si pencerita
menyaksikan persembahan paling agung Erich Zann. Apartmen itu bergegar, cermin
pecah, kertas nota muzik karangan Erich Zann berterbangan, lalu si pencerita
bergegas berlari ke jendela untuk menyelamatkannya. <o:p></o:p>
apabila aku melihat keluar jendela, ketika lilin berdetap dan biola menjeritkan
angin malam, aku tidak melihat sebuah kota di bawah sana, jalan-jalan kukenal
seperti lenyap, lantas meninggalkan ruang angkasa hitam yang bergema dengan
gerakan dan muzik, dan ternyata tidak ada kejadian di bumi yang boleh menjelaskan
keanehan ini.”<o:p></o:p>
bawah minda. Seperti The Music of Erich
Zann, Lovecraft bermain dengan bunyi untuk menggerakkan cerita dan membina
suasana ketakutan sehingga bukan penceritanya sahaja yang berdebar-debar dan
tertanya-tanya akan misteri bunyi di dalam dinding rumah istananya, tetapi kita
sebagai pembaca juga. Ternyata di bawah istana kuno ini (ia dikatakan dibina
dari zaman Romawi) terdapat kuburan mayat, tulang rangka manusia, dan tikus
yang banyak dan hidup dengan memamah daging orang. Istana ini bukan memelihara
sejarah sebuah keluarga, tetapi ia memendamkan sejarah itu menjadi sumpahan
keturunan.  <o:p></o:p>
dengan sejarah dan warisan keluarga. Lalu kita menyimpan barang-barang antik,
kita memelihara rumah nenek moyang, dan kita mempertahankan nama keluarga yang
diberikan kepada kita sebagai anugerah terhormat. Di luar penulisan fiksyen, Lovecraft
juga berbangga dengan sejarah keluarganya, malah dia sering kali menonjolkan
perwatakan lelaki budiman dari abad kesembilan belas. Kebanggaan ini,
malangnya, membangkitkan rasa takut dan jijik dalam diri Lovecraft terhadap
orang Afrika dan Asia yang dia percaya suatu hari nanti akan bertambah ramai
dan bakal mencemarkan kesucian darah bangsa kulit putih. Barangkali fiksyen
adalah jalan keluar, sumber meditasi, dan mantera pembersihan rohani buat
Lovecraft. Dia harus berdepan dengan ketakutan untuk menundukkan ketakutan itu.
Wataknya harus terlebih dahulu mati atau diancam dengan kematian, sebelum
Lovecraft sendiri dapat bangkit semula sebagai manusia yang berbeza.     <o:p></o:p>
bahkan sumber inspirasi, Lovecraft adalah mimpi. Dalam dunia Lovecraft mimpi
bukan tangga-tangga seksualiti ke alam bawah sedar Freud. Barangkali hanya
Stephen King yang percaya makhluk-makhluk asing bersayap kelawar dan berkepala
sotong ciptaan Lovecraft adalah simbol ketakutannya pada wanita. Namun
berdasarkan sejumlah cerpen Lovecraft yang telah dikategorikan oleh pengikutnya
sebagai “Kitaran Mimpi,” kita boleh percaya mimpi adalah pintu Lovecraft ke
dunia lain. Bukan untuk melarikan diri
dari realiti, seperti mana sastera imaginatif sering dituduh dan dihukum oleh
kesatria-kesatria moraliti dan kebenaran. Sebaliknya: Lovecraft mencipta mimpi
sebagai kaedah terbaik untuk dia berdepan dengan realiti. Donald Tyson dalam
buku kajiannya berjudul The Dream World
of H. P. Lovecraft: His Life, His Demons, His Universe, menegaskan mimpi
adalah sumber utama kepada alam imaginasi Lovecraft, dan mimpi itu berpunca
daripada kitab yang Lovecraft sendiri temui dan baca dalam mimpinya iaitu
Necronomicon. Justeru, kalau dunia Lovecraft sering dikenali sebagai “Mitos
Cthulhu” berdasarkan label yang diberikan oleh August Darleth, Tyson mengubahnya
kepada “Mitos Necronomicon.” <o:p></o:p>
setiap hari hanya dalam satu dunia – dunia jasmani – kerana kita percaya pada
kesedaran minda. Tetapi tanggapan minda manusia sering kali lebih mengelirukan
berbanding apa dia lihat di alam mimpi. Minda manusia telah diprogramkan dan
dibudayakan dengan kepercayaan bahawa kebahagiaan di atas dunia ini adalah
hedonistik dan akan berkekalan, walaupun selepas mati. Sementara alam mimpi
berada di luar kawalan minda dan lebih dekat dan realistik dalam mengingatkan
manusia kepada kebenaran paling mutlak dan menakutkan: kita semua akan mati dan
meninggalkan alam jasmani. Lovecraft, melebihi mana-mana pengarang dalam
sejarah kesusasteraan, mencipta mimpi, kerana itu sahaja cara dia boleh lakukan
untuk menutup pintu-pintu kebenaran, kutukan, dan amaran daripada melimpah
masuk ke dalam minda sedarnya. <o:p></o:p>
mandiri dan bawah tanah, kini H. P. Lovecraft telah berada di status klasik dan
mahaguru dalam tradisi sastera imaginatif bersama Edgar Allan Poe, Jorge Luis
Borges, Italo Calvino, Ray Bradbury, Arthur Machen, dan Lord Dunsany. Kesemua
cerpennya telah dibukukan dalam siri tiga jilid terbitan The Library of America
dan juga siri tiga jilid terbitan Penguin Classics. Legasi cerita ajaib yang
Lovecraft tinggalkan masih belum dikenali mahupun diterima oleh pembaca umum di
mana-mana. Namun dengan kedatangan dan revolusi cerita ajaib oleh penulis Mitos
Ketiga, Lovecraft boleh tidur dengan tenang dan terus bermimpi.             <o:p></o:p>
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-66262830739250372602015-08-19T17:44:00.001-07:002015-08-19T17:46:46.966-07:00Memahami Cerekawala Bahagian 1
Seperti penciptaan, Tuhan, mengikut kepercayaan kita, membina segala-galanya daripada kekosongan. Masuklah alam sarwajagat dengan ketentuan tubuhnya yang tertentu, yang dapat kita fahami, sekurang-kurangnya sedikit akan duduk letaknya, dengan fizik, dan hal ini mementingkan logik atau mantik, suatu tindakan rasional, penggunaan akal dalam kita melakukan perbadingan dan mencari maksud dan makna akan setiap fenomena yang kita lihat di sekeliling, dan angkasa tika mendongak.
Dalam kefahaman Islam, memang jelas, fakulti yang menerobos ilmu dan dunia sains, menjadi dunia penuh ketentuan tambah tolak dan kepersisan rangkap rumus matematik (hal ini disindir dengan tanggap salah ala Orientalisme dalam naskhah, kemudian filem The Adventure of Baron Manchausen terhadap keunggulan, ke dan kekayaan tetapi magis dan antisains-moden Sultan Turki) dalam memahami bagaimana alam "berfungsi". Menariknya, atas penelitian begitu menekan dan mendalam ini, terdapat kumpulan, mungkin individu (seperti era Andalusia, terdapat golongan penyair homoseksual yang dipanggil alait[?], dibiarkan hidup dalam alam Islam itu tetapi tidak dipuji ataupun disokong. Perkataan ini datang daripada kata akar lat atau lut [Nabi Lut]. Penulisan tentang rasa berahi mereka tetap dibaca, malah mendapat beberapa tempat dan dipuji atas kuasa estetiknya dari segi kefahaman sastera. Kononnya, atas pengecualian dan keterbiaran kumpulan penyair inilah, berlaku gerak hedonisme dalam alam Andalusia yang membuka jalan ke arah kejatuhannya di tangan Kastila dan Sepanyol Kristian) yang membanting faham akan keadaan "memikir serius" ini dengan memilih jalan membuka dunia di awang-awangan, yang mungkin kita panggil, fantasi dalam kefahaman sastera Barat. Hikayat 1001 Malam dibentuk, menjadi cerita dalam cerita paling dibual-bualkan, dengan alam khayal atau maya (peliknya, kini, kita mengaitkan maya dengan virtual, yakni keadaan yang dibuat-buatkan benar-benar nampak atas kebenarannya kepada keberadaan realiti kita). Dunia ini menjadi menarik kerana sengaja, apabila sudah betul kenal dengan "cara alam ini bergerak", melawannya dengan keadaan yang melanggar hal itu (tidak masuk juga kepercayaan Islam terhadap alam ghaib, yakni malaikat, yang sudah tentu membuka ruang akan dunia jin, dan seterusnya), melanggar logik atau alamiah duniawi.
Pentingnya di sini, dunia tersebut semahu-mahunya adalah "cerita" dan penceritaan. Seninya adalah dalam bercerita. Cerita di sini, berkait dengan suatu pergerakan hidup atau pengalaman, yang berangkai-rangkai. Rangkaian inilah "hikayat" dan dalam hikayatlah timbulnya pelbagai cerita. Cerita ini pula dikisahkan, selalunya, dengan niat murni, menerangkan, menyampaikan moral dan pengajaran sebalik kisahnya. Begitulah.
Bagaimanakah cerita-cerita ini dilihat sebagai suatu gelora sastera, khususnya prosa dalam persuratan Arab Islam, atau hanya dilihat sebagai hiburan waktu senggang, hal ini perlu diperjelaskan dan dicari. Kerana kita tahu, kisah-kisah dalam tradisi Islam, khususnya dalam dakwah, diteruskan, seperti mana golongan falsafah Yunani menggunakannya, atau Mahaguru alam Tao dan Confucius, mahupun Buddha dan Hindu. Dalam hal ini, ahli Sufi atau Tuan Guru bagi satu-satu tariqat, selalu menggunakan "cerita" yang terdapat juga kisah-kisah nabi, sahabat, wali (riwayat) dan juga kisah-kisah dari alam lain, serta haiwan binatang yang bercakap-cakap (terdapat sebuah hikayat lama, Kalilah wa Dimmah yang menghimpunkan kisah pelbagai binatang yang kononnya diminta kumpul oleh Iskandar Zulkarnain, yang diterjemahkan dan sekali diadaptasi daripada Panchatantra, persuratan India) sebagai penyampaian kisah moral, atau lebih jauh daripada itu, untuk menyampaikan suatu gagasan atau tangkapan renungan terhadap suatu perhitungan akan perilaku dan pemikiran. Kita faham benar, dalam Islam, setiapnya, walau sekecil-kecilnya (contoh kisah jari kelengkeng yang menjadi jari paling disayangi Tuhan) memberikan "manfaat". Tiada apa satu, walaupun kopi (ramai ahli Sufi dan para sarjana lama menggunakan ini untuk bangun malam, baik beribadah atau menulis kitab yang panjang sehingga subuh) atau duduk-duduk menikmati, menjadi suatu petanda dan penghayatan alam dengan Tuhan. Maka setiapnya itu diperlihat sebagai memberi suatu tanda perkembangan apabila disampaikan, seperti mahunya al-Quran sebagai sumber asas utama dalam penyampaian atas sifat sakral dan asasnya.
Dalam hal ini, minda manusia, khusus apabila sampai pada Barat (dan dilihat di sini, khusus Sepanyol yang mendekati alam Andalusia yang begitu pesat berkembang dengan sastera dan renungan ilmu, yang dapat menangkap dan menterjemahkan banyak kisah dan cerita lalu dijadikan kisah realiti mereka, dan hal ini dipusing dan dicanai berdekad lama, sehingga Cervantes dapat menghasilkan hikayat asli terbaik dalam dunia Sepanyol, Don Quixote) yang melihatkan ketiadaan untuk hasil karya itu memberi manfaat rohani atau akal tetapi lebih kepada perasaan dan edan cumbu yang berkaitan dengan rasa, membina dunia-dunia baharu yang menarik, mengkahayalkan, dan mempesona.
Maka dari sinilah, dengan kehebatan tradisi Barat dengan cerita naga, kefahaman dualisme (kisah lama Barat selalunya tentang pertentangan cahaya dengan kegelapan), magis dan dewal-dewa lama, terbentuklah mitos dan pengisahan baharu, membina dunia-dunia baharu yang menyampaikan, dan sebenarnya turut menyampaikan manfaat jika mereka mencari kemanfaatnya dalam hal dan perilaku ceritanya (sepertimana Alice in the Wonderland dikisahkan untuk bermain-main dan sekali gus menerangkan keindahan algoritma dan keberangkalian).
Menariknya, mengikut kata David Brin, dalam mencari kemanfaatan untuk renungan manusia dan memahami manusiawinya, fiksyen sains, yang merupakan antara anak daripada pecahan "genre bonda", yakni fantasi (kerana setiap budaya, termasuk kita, terbina daripada cerita-cerita alam maha besar yang lebih besar daripada kekerdilan kita, seperti dunia dewa dalam alam kita, atau epik Gilgamesh dengan pelbagai perubahan alam dan makhluknya dan pengaruh dan kedengkian dewa terhadap manusia dalam Illiad) memilih untuk keluar daripada cerekawala besar itu, dan memilih untuk menganuti "perubahan". Perubahan di sini, mengubah cara manusia melihat, untuk kebaikan dan keburukan masa hadapan. Perubahan di sini, berlingkar dalam fakulti yang paling wajib dalam dunia fiksyen sains, yakni persoalan "Apa kata jika?" (what if?). Menariknya, bagi Brin, banyak unsur fiksyen sains yang turut mengambil daripada cerekawala atau hikayat atau mitos atau fantasi (alam baharu penuh makhluk asing yang bersikap seperti dewa, secara contoh paling lemah), tetapi pemusatan fiksyen sains lebih berhubung dengan keadaan manusia itu sendiri memikirkan akan masa hadapannya, realitinya, pengalamannya terhadap persoalan-persoalan "apa kata jika?" berlaku, yang menghasilkan, sepatutnya, perubahan terhadap suatu pemikiran/gagasan baharu dalam cara manusia melihat alam "baharu" ini (novum) atau berjaga-jaga dengan keadaan baharunya (tema ini paling dan amat mudah diambil oleh penulis, malah menjadi tema paling popular, yakni berasa risau atau caution terhadap masa depan dan perilaku serba baharu, yang dibayangkan dengan baik sekali oleh Frankenstein, or The Modern Prometheus), kerana kekuatan fiksyen sains adalah untuk "belajar daripada kesilapan" sebelum kesilapan atau perubahan itu berlaku, namun dengan kesedaran tinggi, bahawa, manusia terus sahaja "berubah" dan perubahan yang membawa manusia ke arah masa depan yang lebih baik, bermanfaat.
"Science fiction contemplates the possibility of successfully defying fate, creating a better future through our own efforts."
fadzhttp://www.blogger.com/profile/14597937449083940452noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-8823716586634289782015-08-16T03:24:00.000-07:002015-08-16T05:30:11.995-07:00Caitlín R. Kiernan & Mitos Mesir
Caitlín R. Kiernan
Mesir adalah imej latar paling berpengaruh dalam imaginasi pengarang cerekawala Barat. Kedua mungkin China dan Jepun. H. P. Lovecraft dan Algernon Blackwood masing-masing pernah menulis cerita yang mempunyai piramid, mumia, unta, dan padang pasir. Lovecraft kita tahu membesar dengan membaca Hikayat Seribu Satu Malam dan Mesir adalah alam eksotik dan oriental terdekat yang menjanjikan kisah perlawanan pedang dan rasukan firaun dari alam maut. Dan bukankah sahabat dan ulama Lovecraft dari alam mimpi adalah seorang lelaki Arab bernama Abdullah al-Hazrad?
Caitlín R. Kiernan adalah antara pengarang cerekawala kontemporari yang meneruskan tradisi ini. Unsur fantasi dan fairy lebih berakar dalam imaginasi Kiernan berbanding horor dan ini mendekatkan tulisan Kiernan dengan tradisi Lord Dunsany berbanding Lovecraft mahupun Blackwood. Selain itu Kiernan boleh memukaukan pembacanya dengan penguasaan bahasa yang lirik; kualiti yang jarang ditemui dalam kebanyakan tulisan pengarang sastera imaginatif. Pushing the Sky Away (Death of a Blasphemer) mempunyai latar Mesir dan mengisahkan seorang pencuri yang berada di ambang kematian. Dia menceroboh masuk ke dalam makam firaun dan terkena perangkap samar. Kita kemudian mendapat tahu pencuri ini (seorang perempuan) telah menjeratkan dirinya dalam konflik antara makhluk Jin dan makhluk Ghul:
"When the australopithecine progenitors of Homo sapiens still struggled to master the most simple tools, the Djinn and the Ghūl waged a terrible war in the wastes of what geographers would one day name Arabia. The latter were defeated and were cast down into the Underworld at the very threshold of Dream. But not before they’d sacked temples and reliquaries, and so they departed this world with many objects holy to their foes. In exile, at least they could gloat over these small victories. In the vaults below the plateau of Thok, the ghouls hid their plunder, and in time even they forgot what they’d stolen, until a sleeper came among them to thieve from thieves. But in this waking world, the hounds of Pnath may only reach so far and no farther. Here, they are bound to the necropoleis we have provided them, never meaning to do so. They fear the sun, and are loathe even to walk beneath the moon."
Jin memang benda normal untuk kita di Asia Tenggara. Tetapi apakah jin yang orang Barat bayangkan? Bahasa Kiernan dalam cerpen ini sentiasa memikat saya dari mula hingga akhir, terutma sekali imej cahaya dan matahari yang berada di telapak tangan pencuri itu. Ia mengingatkan saya kepada sebuah puisi oleh Latiff.
Cerpen penuh Kiernan boleh dibaca di sini.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-64549798574284734742015-08-07T20:31:00.002-07:002015-08-07T20:40:08.453-07:00Robert Aickman: The Swords
"My first experience?"
Saya harus katakan ya kepada soalan di baris pertama cerpen Robert Aickman The Swords. Ia adalah pengalaman pertama saya membaca dan mengenali dunia aneh pengarang dari England ini. Kalau bukan kerana Neil Gaiman, barangkali nama Aickman tidak akan pernah muncul di fikiran saya, dan ternyata antara sumbangan penting seorang penulis kepada khalayak sastera adalah menjadi juru bicara serta sahabat kepada karyawan-karyawan lama yang sudah tiada dan mungkin terkubur di ruang marginal kesusasteraan.
Justeru saya berbesar hati untuk memperkenalkan satu demi satu cerpen Aickman dalam bukunya berjudul Cold Hand In Mine (diterbitkan semula dalam edisi murah oleh Faber & Faber pada tahun 2014). Perbincangan ini akan memakan masa dan satu catatan blog akan menjadi terlalu panjang untuk mengupas semua cerpen sekaligus. Maka selepas ini Rumah Cerekawala akan terus membuka pintu berbeza ke dunia Aickman.
Pertama adalah cerpen The Swords. Kisah pengalaman menjadi dewasa seorang remaja lelaki di England. Seksualiti sering kali adalah halangan dan godaan kepada hero-hero Aickman. Rahsia tubuh dan rahsia hati seorang perempuan adalah ibarat rumah agam usang di pinggir sebuah kota. Dari luar ia mengumpan minat dan tanda tanya; tetapi masuk ke dalam, hati seorang perempuan adalah misteri dan keajaiban kepada seorang lelaki.
Di cerpen ini pemuda Aickman sampai ke sebuah pesta di pekan kecil bernama Wolverhampton. Kebosanan adalah dorongan yang membawa pemuda ini keluar dari rumah. Tetapi berapa ramai lelaki yang dibikin resah dan gundah nafsunya akibat kebosanan? Pemuda ini merewang-rewang di pesta itu tanpa mengetahui apa atau siapa yang boleh menarik minatnya. Sehingga dia menemui sebuah pondok yang terletak agak asing daripada semua orang.
"It was a square tent of very dirty red and white striped canvas, and over the crumpled entrance flap was a rough-edged, dark painted, horizontal board, with written on it in faint gold capital letters THE SWORDS. That was all there was. Night was coming fast, but there was no light outside the tent and none shining through from inside. You might have thought it was a store of some kind."
Aickman melakukan deskripsi tanpa sebarang kesan drama atau kegelisahan seperti yang sering ditemui dalam cerita Poe atau Lovecraft. Dia seperti sengaja menyimpan kad terbaik daripada pengetahuan pembaca. Aickman mengklasifasikan tulisannya sebagai "strange stories" atau cerita aneh. Ternyata tekstur cerita anehnya berbeza dengan cerita ajaib Lovecraft. Sumber ketakutan dalam dunia Lovecraft sentiasa jelas dan merasuki penceritanya dari mula hingga hujung cerita. Sementara keanehan dalam dunia Aickman datang entah dari mana tanpa sebarang penjelasan.
Pemuda Aickman melihat persembahan seorang gadis ditikam pedang oleh penonton-penonton lelaki yang berada di dalam pondok itu.
"The volunteer seemed to me to tremble for a moment, and then plunged the sword right into the girl on the chair. As he was standing between me and her, I could not see where the sword entered, but I could see that the man seemed to press it right in, because almost the whole length of it seemed to disappear. What I could have no doubt about at all was the noise of the sword made. A curious thing was that we are so used to at least the idea of people being struck through with swords, that, even though, naturally, I had never before seen anything of the kind, I had no doubt at all of what the man had done. The noise of the sword tearing through the flesh was only what I should have expected. But it was quite distinct even above the hissing of the Tilley. And quite long drawn out too. And horrible."
Si gadis selamat setiap kali dia ditikam dan habuan kepada penonton lelaki adalah kucupan bibirnya. Bagaimana ia boleh berlaku? Kita tidak tahu. Aickman menutup tirai dan meneruskan cerita ke babak seterusnya. Kita yang masih bingung dan terpana di kerusi penonton hanya mampu menarik nafas yang dalam.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-22219528637004506222015-07-29T19:08:00.001-07:002015-08-02T17:21:58.717-07:00Azazil Bangun
Saya merasakan, ruang baik yang disediakan oleh Wan ini (yang saya baru sedar kewujudannya!) menjadi platform yang terbaik untuk saya menerangkan, walaupun hal ini nampak remeh atau keadaannya memperlihatkan saya berlagak dan cuba menegakkan benang yang basah terhadap apa-apa pandangan yang dilakukan terhadap novel saya, satu-satunya, yang mungkin selepas ini, tidak akan ditulis sebegitu serupa dan berupa itu lagi sedari saya masih hidup di dunia ini (kalau saya hidup di dunia kembar atau selari atau kayangan pula, itu kisah yang lain), Gugurnya Azazil.
Sejarah Gugurnya Azazil sebenarnya panjang. Awalnya, idea penulisan kisah itu berkaitan dengan tiga perkara besar yang menjadi kegilaan saya sewaktu remaja sekolah. Saya amat senang mendampingi kisah bukan fiksyen akan penyiasatan dunia kultus (occult), khususnya sihir hitam. Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan H.P. Lovecraft (yang selalunya, mengikut era saya dalam 80-an, bermula, baik melalui Christopher Pike, Clive Barker, mahupun Stephen King) dan segala pegangan aqidahnya dengan pengembalian the fallen ones dan kultus The Book of Eibon, mahu tidak mahu, akan mengambil masa untuk menelaah dunia fiksyen gelap Ira Levin ataupun Dennis Wheatley, yang akan membawa kita kepada tulisan-tulisan penyiasatan dan pembongkaran akan rahsia dunia penyihiran dan kumpulan Setan di Britain. Begitulah era remaja saya, sewaktu orang sibuk menelaah buku rujukan PMR di perpustakaan, di Perpustakaan Peringatan Kuala Lumpur (kini Perpustakaan Kuala Lumpur), saya sibuk mencari kisah-kisah siasatan penuh misteri, gelap dan jalan mati ini.
Pada masa yang sama, era itu ialah era Mona Fandey dan suaminya membunuh (atau mengorbankan) seorang Datuk yang percaya kepada dunia sihir (hitam) atau alam ghaib (putih) untuk memperkasakan diri dalam kerjaya politik. Kes ini menjadi sensasi besar dalam pertengahan 90-an. Pada masa itulah, garapan kisah "korban kepada kepala syaitan" tampaknya berlaku juga dalam alam Melayu-Asia. Hal ini juga membawa kepada dua lagi insiden besar, satunya, kumpulan ajaran sesat Al-Arqam (dan kaitannya dengan persediaan untuk menunggu Imam Mahadi) dan sebuah lagi berlaku di asrama saya, di hadapan mata saya sendiri, bagaimana, seorang budak yang tidak ada apa-apa maksud, menjadi "orang lain", dikatakan "ditegur" atau "dirasuk", sehingga budak itu terpaksa dikeluarkan dari sekolah (terdapat khabar angin kalangan pelajar, budak itu sebenarnya dicabul secara seksual dan fizikal oleh seniornya).
Selepas habis SPM, saya mula menukilkan suatu carta akan kisah ini, yang berkait dengan tiga perkara, (1) kultus hitam di Malaysia yang bersongkol secara besar-besaran dan senyap dengan beberapa kumpulan syaitan lain di seluruh negara, menunggu kehadiran (2) Dajal laknatullah, yang pada masa itu, bermula beberapa siri (3) rasukan yang berlaku di serata bandar Malaysia. Pada masa itu juga, terdapat suatu imej, seakan salib/pangkah, di atas KLCC, apabila jet pejuang kita menggempur sesuatu yang kelihatan seperti jatuh dari langit.
Imej itulah, yang masih kekal dan selamat tersemat dalam Gugurnya Azazil sekarang, yang sudah berubah wajahnya kepada wajah fiksyen sains.
Bagaimanakah hal, yang begitu gelap dan seram (waktu itu, saya agak berangan-angan nak menulis macam Stephen King) itu berubah kepada hal yang lebih memerlukan teori dan fakta/hipotesis saintifik? Hal ini berlaku, pada awal pembabitan saya dalam dunia penulisan dan penerbitannya, era sewaktu Fixi dengan segala gelumang darah dan setannya dikeluarkan daripada kotak Pandora belum wujud lagi, dan dunia penerbitan, digerakkan oleh jiwa-jiwa kecil dan ahli dogma dan moralis. Pada masa itu lagi, saya menyedari, kisah setan-Dajal-exorcist dengan gaya meniti kiamat skala global itu, tidak akan mendapat tempat dan menjadi suatu cemuhan besar oleh para penerbit. Masa itu juga, novel kecil tetapi seronok bagi saya, JIAN, dengan niat awalnya sebagai "novel pertama kita fasal zombi" dihancur-hancurkan oleh penerbit waktu itu. Pada masa itulah, saya mempelajari, dengan pahit sekali, akan maksud "nilai murni".
Daripada situ, saya mula meletakkan pada diri saya, Fadz, kau nampaknya kena tinggalkan dunia yang kau tahu dan kenali dunia yang kau tidak pernah tahu. Pada masa itu, Faisal Tehrani baru keluar dengan novel hebatnya, 1515, dan saya sedari, ah, itu yang penerbit dan masyarakat mahukan dan gendong rupanya. Dan, saya berubah dan menukar kulit selepas itu (walaupun banyak diri sebenar saya, suka atau tidak, Ainunl, masih wujud dalam lantang, seronok, dan semberono tontonfilem).
Saya mengaku, dengan niat yang bukan murni, sebenarnya, penulisan novel ini seakan-akan suatu parodi atau cemikan saya terhadap "suatu bentuk syarat dan penentuan nilai", walaupun tidak seekstrem yang dilakukan oleh Buku Hitam (kerana memang saya tetap mahukan novel ini diterbitkan oleh penerbit perdana). Malah, penulisannya menjadi begitu "mencubit", khusus pada seorang editor di sebuah penerbitan yang mencemik saya apabila mendengar kisah ringkas novel ini, "Kisah macam ni untuk budak-budak sekolah saja, tak usahlah perlekehkan minda orang dewasa." Saya mengaku, saya begitu tersinggung dengan hal itu. Perasaan tidak puas hati itulah, yang saya lemparkan dalam novel ini (mungkin sebab itulah Rebecca menyatakan bahasa novel ini terlalu keras dan kaku) dengan segala sejarah yang saya perlu lalui, cemikan, buat itu buat ini, dan "nilai murni".
Saya tahu, ini sajalah, ini kalilah, sahaja, saya akan menulis sebegini, selepas ini, saya takkan kembali lagi.
Novel ini sebenarnya suatu cemikan besar terhadap sayembara kita, khusus sayembara tersebut, yang menentukan "apa yang boleh dan tidak boleh" terhadap luasnya langit alam fiksyen sebenarnya. Banyak inside jab atau self parody yang dilakukan, bukan sahaja mempersendakan saya, penulis fiksyen sains sendiri, tetapi alam penulisannya dan pandangan orang terhadapnya. Ada beberapa "strategi" yang dilakukan. Awal-awal lagi, kerana SEMUA PENULIS berlumba hendak novelnya keluar untuk KOMSAS. Maka, pada awal kisah novel ini lagi, dengan sengaja dan babitan plot, budak sekolah itu keluar dari sekolah(!), memonteng, mengikut belakang pagar sekolah (maksudnya, tak mungkinlah dengan sedar, novel ini, boleh dipilih untuk KOMSAS, duh!).
Daripada situ, bermulalah beberapa senda gurau saya kepada bayangan, impian, harapan dan taruhan murni begitu indah nan tulus bersih, yang kononnya, perlu ada dalam mana-mana penulis fiksyen sains tempatan. Dua antaranya, dengan sengaja, ialah sikap musuh selindung ialah Barat-Amerika (the biggest nemesis of all kononnya), yang mana dalam novel ini, jika orang sedar atau tidak, musuh selindung yang paling jahat, ialah diri kita sendiri (saya mempercayai petikan sajak Muhammad Haji Salleh yang saya masukkan dalam JIAN, musuh kita ialah diri kita sendiri). Dalam hal ini, kerajaan Malaysia, yang menyelindungi Projek Azazil tersebut. Semua ini dilakukan dengan ambiguiti yang sedar (dan ini memerangkap pembaca yang menyatakan strukturnya mengelirukan).
Suatu lagi ialah agama. Dengan sengajanya, saya menyoal kembali sikap kita yang, walaupun niatnya baik, melihat diri hollier than thou terhadap pembaca, lalu langsung menjadi "pendakwah" yang akan mengubah isi hati pembacanya, khusus dalam hal keagamaan. Saya menyatakan begini, kerana cukup pilu dan muntah membaca, terlalu banyak hasil karya kontemporari muda yang mengajar-mengajar-mengajar secara didaktik. Oleh sebab itu, dalam novel ini, dengan sengaja sekali lagi, protagonisnya, yang berniat baik, mengajar agama, memperkenalkan agama, hasilnya, manusia yang ingin didekatinya itu menyembahnya pula (ini mengambil sedikit naratif besar riwayat nabi) sebagai dewa, memusingkan maksud "murni" tadi, malah dengan berani, memaparkan kemenangan kumpulan ini, sambil membunuh "hasil dakwah" protagonis tadi di hadapan matanya untuk suatu "pengorbanan darah" untuk dirinya sendiri! Ia tidak berakhir dengan itu, ambiguiti lagi berlaku apabila kita tidak tahu, sama ada kumpulan sesat ini, berjaya habis (kita dipaparkan kejayaan mereka) atau turut hancur bersama kerajaan kota yang dihancurkannya. Kita dibiarkan hal ini dengan tanda tanya yang panjang, yang sengaja dibiarkan.
Bagaimanakah manusia hendak mempelajari sejarah, yang sudah terhampar di hadapannya, jika dia sudah pun tahu kalah dan menangnya. Jika kalah, dia tetap akan mengutuk dan menyalahi keturunannya (inferiority complex) sepertimana orang masih mengulang kisah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan kehebatan Portugis yang menundukkannya. Jika menang, dia tetap akan membesar-besarkan diri (ethnocentricism) tanpa melihat kulat dan parasit yang sedang memakan dirinya sebelum rebah. Mungkin, dengan ambiguiti, dengan sedikit pengenalan dan sedutan yang kita tahu tentang sejarah, patut, membuat kita insaf untuk membaiki diri kita (agar tidak mengulangi sejarah) atau memberi kesedaran jati diri (agar kita sekurang-kurangnya tahu akar kita dan percaya dengan akar itu).
Dalam semua hal inilah, Syams Merah, dengan intipan dan sedutan rentasan masa (dengan sengaja sekali lagi, tema ini merupakan tema paling bajingan dalam dunia fiksyen sains, kerana bermain dengan banyak kerelatifan dan ketidaktentuan, yang kadang-kadang menghimpit pada kesudahan melanggar logik fizik), menjadi "reset button" terbesar yang menyapu sepenuhnya sindiran dan persangkaan yang ada dalam novel ini. Terletaklah kepada diri kita sendiri, untuk menjadi seorang romantis dan pejuang seperti Azizul, yang masih percaya dengan nilai murni dan dakwah pengajaran, menjadi seperti hollier than thou Reza yang berlagak semua tahu dan semua pandai dan semua jawapan di hujung jarinya, atau manusia pasif, yang hanya membaca, dan mengikut, menunggu dengan reda dan sabar untuk Syams Merah menyedutnya ke dalam oblivion, lalu hilang, sampai bila-bila, ke dalam titik hitam.
fadzhttp://www.blogger.com/profile/14597937449083940452noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-73816538168394788042011-05-04T18:19:00.000-07:002011-05-04T20:38:36.572-07:00A Man of Parts: Skandal Seks H. G. Wells
Ah, penulis lelaki dengan ramai kekasih. H. G. Wells bukan seorang saja. Lord Byron teman terdekat yang mungkin Wells akan pilih. Kekasih-kekasih yang datang kepada Wells (Rebecca West, Dorothy Richardson, Amber Reeves) mencari cintanya sentiasa berakhir dengan kehamilan. Ernest Hemingway, Henry Miller, dan Isac Babel barangkali akan bertepuk tangan. Namun, ada juga, yang diam tanpa perasaan seolah-olah tidak memahami keseronokkan mereka (Lovecraft, Kafka, Poe). Dan duduk agak jauh, sambil menahan ketawa, memerhatikan semua ini ialah David Lodge; seorang novelis yang membina sebuah fiksyen biogarfi berdasarkan kehidupan - terutama sekali skandal seks - H. G. Wells.
Sebelum ini David Lodge sudah pernah menulis tentang Henry James dalam Author! Author. Lodge ialah antara segelintir novelis dalam tradisi penulisan novel yang mampu mencipta sebuah naratif komedi dengan berkesan. Penulisan komedi memang bukan asing lagi buat orang Inggeris seperti Lodge. Bermula dengan drama Shakespeare, kemudian novel Laurence Sterne dan Henry Fielding, sebelum menemui kemuncaknya di tangan P. G. Woodhouse. Hal yang sama juga boleh dikatakan tentang tradisi penulisan fiksyen biografi. Sekali lagi, ia bermula dengan Shakespeare melalui drama seperti Julius Caesar, Antony and Cleopatra, dan Henry IV. Virginia Woolf kemudian menulis Orlando yang merupakan antara novel terbaik dalam tradisi ini. Di tangan Woolf fakta sejarah lebur menjadi kata-kata puisi. Kerana bagi seorang seniman, sejarah itu tidak wujud. Kebenaran imaginasi ialah fakta baru yang diciptanya. Perkara yang sama kita temui apabila membaca novel Cormac McCarthy Blood Meridian. Atau, yang lebih dekat dengan pengaruh Woolf, novel Oranges Are Not the Only Fruit karya Jeanette Winterson.
Dalam A Man of Parts David Lodge banyak menceritakan, melalui suara omniscient pengarang, tentang hubungan antara Wells dengan Amber Reevs yang kurang diketahui oleh pembaca berbanding hubungan sepuluh tahunnya bersama Rebecca West. Ya, ini ialah novel David Lodge, dan kita sudah tentu mengharapkan sebuah novel komedi yang melucukan. Dan memang ada pun. Tentang ketepatan fakta, ia boleh diabaikan sekejap asalkan ia digantikan dengan panahan naratif yang tajam bagi menyedarkan imaginasi pembaca. Namun, buat Lodge, fakta itu nampaknya lebih penting. Membaca naratif Lodge ialah seperti membaca sebuah wawancara dengan suara tukang wawancara kadang kala lebih lantang dari suara tokoh yang sedang diwawancarakan. Mata seni Lodge itu ialah mata seorang ahli akademik. Dia bukan bermata penyair seperti Virginia Woolf dan A. S. Byatt. Atau Borges sekalipun. Namun, Lodge bukanlah seorang pensyarah yang membosankan. Dia tahu untuk membuat kita, muridnya, ketawa walaupun kadang-kadang kalau boleh kita ingin juga dia membawa kita keluar dari dewan kuliah untuk melihat sendiri kehidupan.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-49960991602956163802011-04-20T21:27:00.000-07:002011-04-20T21:31:39.421-07:00Philip K. Dick: Mencari Realiti
"My major preoccupation is the question, 'What is reality?' Many of my stories and novels deal with psychotic states or drug-induced states by which I can present the concept of a multiverse rather than a universe. Music and sociology are themes in my novels, also radical political trends; in particular I've written about fascism and my fear of it"
Persoalan apa itu realiti, saya kira, ialah persoalan paling besar dalam fiksyen sains (FS). Sains ialah medium pengankutan. Dan Dick ialah pemandunya.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-22295457983259791372011-04-10T18:42:00.000-07:002011-04-10T19:51:32.865-07:00Rutin Penulisan Joseph Sheridan Le Fanu
Penulisan cerita hantu bermula di Eropah. Di England sahaja boleh dikatakan hampir semua penulis-penulis besarnya pernah menulis cerita hantu. Dari Charles Dickens, ke Henry James, Oscar Wilde, Virginia Woolf, dan seterusnya A. S. Byat, Angela Carter dan Murial Spark. Di German ia mendapat sentuhan genius E. T. A. Hoffman. Di Amerika ia bermula dengan Edgar Allan Poe, tetapi tradisi yang diciptakan olehnya berkembang menjadi genre yang lebih besar iaitu cerita supernatural. Antara semua penulis yang telah disebutkan, tidak ada yang dapat bersaing dengan Joseph Sheridan Le Fanu, penulis kelahiran Ireland, yang memang mengkhususkan penulisannya kepada cerita-cerita hantu.
Sebelum menemui Le Fanu, saya telah terlebih dahulu membaca cerita-cerita hantu yang ditulis oleh Henry James, Murial Spark, dan Angela Carter. Pengalaman membaca cerita hantu agak berbeza dengan apabila kita membaca cerita seram. H. P. Lovecraft misalnya. Dalam cerita seram dunia yang diciptakan dalam cerita itu sendiri membangkitkan suatu perasaan gerun; ia merasuk sudut-sudut yang rapuh dan halus dalam diri seorang manusia. Dalam cerita hantu kita diajak lebih untuk melihat bayangan roh kita; seperti waktu seseorang duduk di tepi kolam dan melihat ke dalam air bayangan wajahnya. Bayangan ini hanya suatu ilusi dan ada waktunya menakutkan apabila kita merenung dengan terlalu lama. Adakah manusia yang berani melihat ke dalam dirinya dengan terlalu lama? Dan kalau ya, apakah yang akan dilihatnya di situ? Hamlet menemui roh ayahnya. Raskolnikov menemui masa silamnya iaitu memori tentang seekor kuda yang dipukul hingga mati oleh sekumpulan kaki botol. Jeha menemui Lahuma. Don Quixote menemui Don Quixote. Le Fanu menemui sumber inspirasinya.
Le Fanu mempunyai rutin penulisan yang aneh. Sebelum tidur setiap malam dia akan minum secawan teh (tidak hairanlah salah satu ceritanya berjudul Green Tea), tidur selama dua jam dengan harapan akan dirasuk oleh mimpi aneh, kemudian bangun pada jam dua pagi untuk menulis, tidur semula, dan bangun untuk menulis lagi hingga ke tengah hari. Kita boleh membayangkan Freud dan Lovecraft melalui rutin yang hampir sama. Julio Cortazar dan J. G. Ballard turut menyebut mimpi sebagai antara sumber inspirasi mereka. Kafka menulis The Judgement dalam satu malam selepas bermimpi tentang ayahnya. Fernando Pessoa menghapuskan dirinya sama sekali melalui watak-watak alter-ego yang diciptanya. Le Fanu membawa roh-roh di alam mimpi ke dalam penulisannya.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-77153112739317845592011-04-01T21:10:00.000-07:002011-04-02T02:38:42.710-07:00Fiksyen Fantastik: Bukan Sekadar Star Wars, Tolkien dan Dracula
J. G. Ballard, Franz Kafka, Borges, Italo Calvino Henry James, Joyce Carol Oates, Anthony Burgess, ialah antara beberapa nama penulis fantastik dalam sejarah sastera dunia. Ballard misalnya menulis fiksyen sains (FS) dan juga novel sejarah. Novel terkenal Italo Calvino Invisible Cities boleh dibaca sebagai FS dan juga fantasi memandangkan setiap bandar dalam buku itu hanyalah lukisan imaginasi Marco Polo terhadap bandar Venice. Joyce Carol Oates, antara cerpenis wanita terbaik Amerika selepas Flannery O' Connor, meneruskan tradisi penulisan cerita Gothic dan macabre selain menghasilkan novel dalam jumlah yang banyak. Cerita-cerita hantu Henry James itu sendiri sudah cukup untuk meletakkannya dalam kanon sastera sekiranya dia tidak menulis satu novel pun. Stephen King dalam pengenalan kepada buku Masters of Horror and the Supernatural: The Great Tales dengan tegasnya mempertahankan fiskyen seram atau supernatural sebagai penulisan yang serius, dan bukan main-main seperti yang dipandang oleh para pembacanya. Ketegasan King itu bernada defensive; tetapi bukankah semua penulis bersikap begitu apabila ingin mempertahankan seni yang diperjuangkannya? Robert Louis Stevenson pernah menolak realisme Flaubert seperti Martin Amis pernah menolak novel Don Quixote kerana dia rasa ia terlalu membosankan. Penolakkan satu tradisi penulisan ialah untuk menyokong atau mengangkat tradisi penulisan yang lain. Seperti kata Borges, setiap penulis mencipta tradisinya.
Sesungguhpun penulis-penulis sastera di atas berada dalam tradisi penulisan fantastik, namun kita lebih cenderung untuk melihat zaman kita ini sebagai zaman milik Philip K. Dick dan J. R. R. Tolkien. Malah padangan hidup dan struktur imaginasi masyarakat umum dibina, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui karya-karya mereka. Tahun ini sahaja ada tiga filem yang lahir dari dunia Philip K. Dick. Seperti H. P. Lovecraft dan H. G. Wells, Phlip K. Dick ialah pencipta mitos di zaman moden. Walaupun paranoia atau anxiety dunia kita sekarang telah didefinisikan oleh Kafka dan Borges, tetapi adalah melalui karya Dick dan Tolkien masyarakat membina budaya dan pemikiran mereka. Hasilnya ialah produk seni yang bersifat komersil. Dunia Dick dan Lovecraft telah dijadikan permainan video. Siri novel Lord of the Rings hanya dibeli sekadar untuk hiasan di rak kerana nak membacanya akan memakan masa yang terlalu lama. Menonton filem lebih cepat dan menghiburkan. Tetapi adakah seni itu dicipta untuk dihabiskan dengan cepat seperti seorang itu menghabiskan burger Big Mac? Adakah sama iklan produk kecantikan di muka depan akhbar dengan ruangan sajak di bahagian tengah akhbar yang sama? Adakah sama sebuah komik dengan sebuah cerpen? Adakah sama lagu nyanyian Lady Gaga dengan muzik Bach atau Mozart? Dan adakah sama kekuatan penulisan Tolkien dengan Cervantes walaupun dalam kedua-dua dunia mereka ada watak yang menunggang kuda?
Saya bukanlah nak merendahkan sumbangan Dick atau Tolkien dalam perkembangan tradisi penulisan fantastik. Dick, seperti Charles Dickens seabad sebelumnya, ialah kilang imaginasi yang mengeluarkan karya secara berterusan. Dan seperti Dickens juga, ada karya Dick itu yang terlalu dipaksa penulisannya. Hal yang sama juga berlaku pada Zola dan Balzac. Untuk membaca mereka ialah membaca dalam jumlah yang banyak tanpa memandang ketepatan kata-kata. Ketepatan kata-kata yang terdapat dalam Poe dan Borges ialah sesuatu yang sukar ditemui dalam dunia Dick. Dalam hal ini, kita boleh memaafkannya.
Sastera juga telah memaafkan Lovecraft yang pernah melakukan dosa sama dengan Dick. Malah dia sekarang telah masuk ke dalam kanon sastera Amerika.
Tetapi apabila penulisan fantastik itu sendiri dipandang sebagai produk komersil oleh pembaca, atau dipandang dengan sebelah mata sahaja oleh para penulis yang kononnya mewakili dunia sastera, adakah penulis seperti Philip K. Dick, Tolkien, C. S. Lewis, Stephen King, Clive Barker, Neil Gaiman masih boleh dimaafkan?
Ya, kita boleh memaafkan mereka. Kalau kita boleh memaafkan para sasterawan kita kerana menulis karya-karya yang membosankan tapi berseni dan bermoral dan beriman, sudah tentu kita boleh memaafkan Dick, King, Tolkien kerana telah menghiburkan kita. Akhir sekali, ia berbalik juga kepada pembacaan seorang individu.
Pembacaan itu ialah ekspresi kuasa seorang individu. Kekuatan ini datang dari perbualan dalaman antara kita dengan seorang penulis. Ia bermula dan berakhir dengan kata-kata. Dan kata-kata, untuk kita mendapat isinya yang paling dalam, sudah tentu memerlukan masa dan kesabaran dari kita.
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-91812550395980009692011-03-22T21:26:00.000-07:002011-03-22T21:27:12.694-07:00Lovecraft Documentary 6
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-1801177117655925132011-03-22T21:25:00.000-07:002011-03-22T21:26:00.288-07:00Lovecraft Documentary 5
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-74472820294920940262011-03-22T21:23:00.001-07:002011-03-22T21:23:32.050-07:00Lovecraft Documentary 4
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-41786013132013409212011-03-22T21:21:00.000-07:002011-03-22T21:22:09.195-07:00Lovecraft Documentary 3
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-65726424025564920562011-03-22T21:20:00.001-07:002011-03-22T21:20:47.769-07:00Lovecraft Documentary 2
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5446732457291545784.post-82230690997322711892011-03-22T21:14:00.000-07:002011-03-22T21:16:31.279-07:00Lovecraft Documentary
Rumah Cerekawalahttp://www.blogger.com/profile/05850900152049772636noreply@blogger.com0