Tuesday, 3 May 2016
Insomnia oleh Virgilio Pinera
Lelaki itu masuk tidur awal tetapi tidak dapat melelapkan mata. Dia merekot di kiri dan kanan. Dia menyalakan rokok. Dia membaca. Dia memadamkan lampu sekali lagi. Tetapi dia masih tidak boleh tidur. Pukul tiga pagi dia bangun. Dia telefon kawannya di rumah sebelah dan cerita masalah tidurnya. Dia minta nasihat. Kawannya cadangkan dia keluar berjalan supaya badannya cepat letih - kemudian minum secawan teh dan padamkan lampu. Dia cuba semua benda itu tetapi dia masih tidak boleh tidur. Dia bangun lagi. Kali ini dia terus pergi jumpa doktor. Macam biasa doktor itu bercakap panjang dengannya, tetapi dia masih tidak boleh tidur. Tepat jam enam pagi dia keluarkan pistol dan tembak kepalanya. Lelaki itu sudah mati tetapi dia masih tidak boleh tidur. Memang macam itulah Insomnia.
Tuesday, 19 April 2016
Membangunkan Kota-Kota Mimpi
Ketika sedang membaca biografi Walter Benjamin baru-baru ini saya membuat satu kesimpulan: Eropah tidak akan dapat melahirkan seorang Borges. Dari segi kegilaan bacaan dan ketajaman akal fikiran, Benjamin dan Borges memang sama-sama hebat. Namun ada satu perbezaan ketara antara mereka berdua: imaginasi. Benjamin boleh membaca Baudelaire, Dostoyevsky, Kafka dengan sangat kritikal sehingga ke tahap dia mampu menterjemahkan idea mereka menjadi idea miliknya dan kita tidak akan perasan. Benjamin berfikir melalui buku yang dibacanya.
Borges bukan sekadar berfikir melalui buku seperti Benjamin, dia juga seorang arkitek yang menyusun kata-kata menjadi sebuah kota mimpi. Justeru kita akhirnya membaca Borges bukan untuk mencari ideanya, tetapi kita ingin mencari dan membuka pintu-pintu tersembunyi di tembok kotanya.
Tetapi dalam pembacaan saya, ada banyak kota lain saya telah kunjungi selain daripada kota yang dibina oleh Borges. Ia tidak terbatas kepada buku. Malah kadang-kadang permainan video dan komputer mampu membuka imaginasi kita ke dunia yang jauh lebih luas dan detail berbanding dunia imaginasi dalam bentuk kata-kata. Salah satu permainan komputer yang ada dalam komputer riba saya sekarang adalah King of Dragon Pass. Dunianya adalah fantasi di mana pemain menjadi pemimpin kepada sebuah puak yang ingin membina penempatan baru. Selain menguruskan tanaman ladang, lembu, dan kesihatan semua orang, pemain juga harus menjaga hubungan diplomatik dengan puak-puak jiran di negeri itu. Kadang-kadang tempat anda akan diserang penyamun atau tentera gergasi. Di waktu lain anda akan melakukan upacara korban kepada dewa-dewa yang wujud dalam dunia permainan ini. Dan menariknya, walaupun ini adalah sebuah permainan komputer, sistemnya hanya diatur dan digerakkan oleh teks. Pemain harus membuat pilihan berdasarkan teks dan pilihan itu akan membawa pemain ke teks seterusnya dan seterusnya. Saya sudah bermain King of the Dragon Pass semenjak zaman sekolah menengah, dan sehingga ke hari ini saya masih menemui variasi naratif dan teks baru setiap kali saya membuat keputusan. Orang yang merekakan permainan ini tidak dinafikan lagi mempunyai imaginasi seorang novelis. Sangat detail dan sangat hidup dunianya walaupun hanya bermain dengan teks dan illustrasi.
Ketika membuka buku The Dictionary of Imaginary Places susunan Alberto Manguel dan Gianni Guadalupi, saya memasang angan-angan kosong akan menemui catatan tentang dunia King of Dragon Pass. Sudah tentu hasrat saya dikecewakan. Alberto Manguel membataskan pilihannya kepada tempat-tempat imaginatif dalam dunia sastera, bahkan latarnya pun mesti mirip dengan planet Bumi dan tidak boleh berlaku di planet asing. Maka kita akan menemui Middle-Earth dan Hogwarts, tetapi kita tidak akan menemui Marikh atau Arrakis. Saya paling terkilan apabila Manguel tidak memasukkan bandar Gotham dalam bukunya kerana imej Gotham sangat subur dalam imaginasi kebanyakan peminat komik dan filem adiwira. Tetapi, yalah, Batman bukan sastera - ia hanya dunia dalam sebuah komik.
Di akhir tulisan in saya terfikir satu perkara: kenapa kita mesti menyerahkan kepada Barat untuk mengatur dan memetakan geografi imaginasi kita? Kalau kamus mereka tidak ada ruang untuk mengisi dunia fantasi Ramayana atau cerita-cerita hantu Pu Songling, kita harus melakukannya sendiri. KIta boleh melakukannya kerana kita bukan bangsa Eropah yang terlalu analitikal dan memandang serius terhadap semua benda. Saya percaya bangsa di Asia Tenggara ini bukan secara semula jadinya bangsa yang mencipta idea, tetapi bangsa yang mencipta cerita. Kita adalah bangsa yang membangunkan kota-kota mimpi.

Wednesday, 11 November 2015
Lovecraft Bangkit Dari Kubur
Esei ini asalnya diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera September 2015
BUKAN jasadnya sendiri, tetapi genre penulisan
yang Lovecraft ciptakan: weird fiction
atau cerita ajaib. Di tangan penulis generasi baharu seperti Jeff Vandermeer
dan China Miéville weird fiction
dirangkakan semula dan dimutasikan (melalui kacukan horor dan fiksyen sains era
new wave) menjadi new weird.
Cerita ajaib dalam sejarahnya mempunyai tiga fasa penulisan: Mitos Pertama (Lovecraft dan pengikut-pengikut terdekatnya seperti Clark Ashton Smith, Fritz Leiber, dan August Derleth), Mitos Kedua (kebangkitan horor sebagai genre penulisan komersil di tangan pengarang seperti Stephen King, Ramsay Campbell, Peter Straub, dan Clive Barker), Mitos Ketiga (memperhaluskan dan menghidupkan semula semangat generasi Mitos Pertama dalam tulisan pengarang seperti Thomas Ligotti, Laird Barron, Jeff Vandermeer dan China Miéville). Dalam ketiga-tiga mitos ini, Lovecraft adalah raja raksasa yang berdiri di tebing bukit dan mengembangkan bayang sayapnya ke atas lembah penulisan cerita ajaib.

Neil
Gaiman berkata: “Lovecraft melahirkan tema dan obsesi penulisan horor di abad
kedua puluh, dan bayang itu akan sentiasa bersama kita di abad kedua puluh satu
dan seterusnya.”
Howard
Philips Lovecraft (atau H. P. Lovecraft) dilahirkan pada 20 Ogos 1890 di
Providence, Rhode Island. Keluarganya kaya dan mempunyai sejarah pertalian
darah yang bermula dari Devonshire, England sebelum mereka berhijrah ke New
York pada awal abad kesembilan belas. Ketika Lovecraft berusia tiga tahun,
ayahnya iaitu Winfield Scott Lovecraft, dimasukkan ke dalam hospital sakit gila
sebelum meninggal dunia lima tahun kemudian. Maka jagaan dan didikan Lovecraft
jatuh ke tangan ibunya, Sarah Susan Philips Lovecraft, dan kedua-dua orang
anak-beranak ini jarang sekali berenggang selepas itu. Seperti Marcel Proust, Lovecraft
membesar sebagai anak emak yang mudah sakit dan sering terperap di dalam rumah,
dan seperti Proust juga, kesunyian dan kebosanan mencetuskan minat Lovecraft kepada
buku dan alam imaginasi. Di zaman kanak-kanaknya dia membaca Hikayat Seribu
Satu Malam dan kisah-kisah dongeng Grimm. Kita boleh membayangkan Lovecraft dan
Proust sama-sama membaca sastera klasik Perancis dan buku seram Gotik sambil
terlentang sakit di atas katil. Kita tahu Lovecraft pernah membaca novel Proust
dan sangat mengaguminya, tetapi mustahil Proust pernah mendapat peluang untuk
membaca Lovecraft. Matlamat Proust setiap kali penanya menurunkan kata-kata
adalah untuk berada di makam sastera paling tertinggi, sementara Lovecraft tidak
mampu, selain tidak berminat dan enggan bertolak ansur, untuk memasang sayap ke
syurga: dia lebih senang dan berbahagia bermain di ruang marginal
majalah-majalah picisan (atau pulp
seperti mana ia dikenali di Amerika Syarikat) seperti Weird Tales dan Amazing
Stories.
Lovecraft
bukan pengarang yang prolifik kalau nak dibandingkan dengan penulis-penulis pulp lain di zamannya. Malah dia tidak
pernah menulis sebuah novel kecuali tiga karya panjang yang boleh dikategorikan
sebagai novela sahaja: The Dream Quest of
Unknown Kadath, The Case of Charles
Dexter Ward, dan At the Mountain of Madness. Selebihnya adalah
sejumlah enam puluh buah cerpen yang kebanyakannya diterbitkan oleh Weird Tales. Bayaran royalti Lovecraft
terima sangat rendah dan tidak mencukupi untuk menampung corak hidupnya yang
enggan menerima apa-apa pekerjaan kecuali menulis. Lovecraft pernah ditawarkan
jawatan editor majalah Weird Tales,
tetapi menolak, kerana menerimanya bermaksud dia harus berpindah ke Chicago dan
berada jauh dari Providence. Lovecraft hanya berpindah sekali ke New York pada
1924 apabila dia berkahwin dengan Sonia Haft Green (perkahwinan ini tidak kekal
dan mereka tidak pernah mendapat anak). Keberadaan Lovecraft di New York hanya
mengukuhkan lagi sentimen perkauman dalam dirinya terhadap golongan imigran dan
ia melimpah masuk ke dalam cerpen seperti He
dan The Horror at Red Hook. Bersama
Rudyard Kipiling dan Joseph Conrad, Lovecraft menanggung dosa perkauman
sehingga ke hari ini, ibarat parut yang tidak boleh dipadamkan.
Namun gergasi yang menggoncang dunia
sering kali mencipta imaginasi dan pemikiran mereka dalam kegelapan berbanding
di bawah cahaya moraliti sesuatu zaman. Martin Heidegger adalah ahli falsafah
paling berpengaruh di abad kedua puluh, namun pada masa sama dia juga mendukung
ideologi Nazi, dan tidak pernah membuat pemohonan maaf selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua. Justeru, dalam kita menilai
dan menghukum kehadiran seekor gergasi, adakah kita patut memandang pada kuku,
taring, dan wajah ngerinya, atau kita patut memandang pada monumen-monumen lama
yang diruntuhkan dan dunia baru yang diciptakan?
Menurut
Michael Moorcock: “Cerita ajaib tidak mempunyai sebarang syarat khusus, dan ini
adalah antara keistimewaannya jika cerita yang ingin disampaikan oleh seorang
penulis tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk konvensional. Walaupun cerita
ajaib sering kali membaurkan unsur ghaib, atau membayangkan unsur ghaib, ia
bukanlah suatu kewajipan.” Hal sama jika boleh dikatakan tentang cerpen-cerpen Lovecraft:
bukan semuanya menekankan unsur seram, ngeri, dan horor. Cerpennya ditulis
bukan untuk memeranjatkan pembaca. Pencerita Lovecraft (dan kebanyakan
pencerita dalam genre cerita ajaib) sering kali berdepan atau terperangkap
dalam situasi aneh, ajaib, dan membingungkan kefahaman kebiasaan kita tentang
kejadian manusia, hukum alam, dan aturan kosmologi. Unsur “keajaiban” ini
bertindak bukan sebagai antagonis (seperti mana ia sering berlaku dalam novel
horor) tetapi menjadi pemangkin, pencetus, dan di kemuncaknya, pemusnah kepada
kestabilan rasionaliti seorang pencerita.
Kalau
sastera realisme mengharmonikan hubungan keberadaan antara seorang manusia dan
alam di sekelilingnya, maka sastera imaginatif mencabar hubungan tersebut.
Lovecraft
menghadirkan kehancuran atau teror kosmik dalam ceritanya melalui pelbagai
cara. Antaranya adalah meruntuhkan kebergantungan manusia pada seni seperti
yang kita temui dalam cerpen The Music of
Erich Zann. Bahasa menjadikan kita manusia berfikir, tetapi bahasa sebagai
sistem perhubungan sosial, turut memisahkan kita daripada alam. Maka jalan
kembali kepada alam untuk manusia adalah melalui karya seni. Cerita Lovecraft
mengisahkan pengalaman seorang sarjana filasafat yang terpesona dan tertaksub
dengan mainan muzik lelaki tua eksentrik bernama Erich Zann. Secara kebetulan,
dan tanpa sebarang ingatan, pencerita Lovecraft menemui pekan Rue d’Auseil yang
sentiasa gelap dan sunyi di seberang sebuah jambatan berbatu hitam dengan rumah-rumah
“tinggi, berbumbung tirus, usang, dan menyandar ke belakang serta menyendeng ke
kiri dan ke kanan.” Dia kemudian menyewa di apartmen sama dengan Erich Zann dan
hari demi hari dia mengunjungi rumah orang tua itu untuk mendengarnya main
biola. Di sini, muzik yang asalnya memberikan pengalaman transendental kepada
pemain dan pendengarnya, bertukar menjadi kuasa rasukan seolah-olah nota-nota
muzik yang Erich Zahn mainkan adalah nyanyian dan seruan kepada dunia dari alam
ghaib. Cerita ini mencapai kemuncaknya, pada suatu malam, apabila si pencerita
menyaksikan persembahan paling agung Erich Zann. Apartmen itu bergegar, cermin
pecah, kertas nota muzik karangan Erich Zann berterbangan, lalu si pencerita
bergegas berlari ke jendela untuk menyelamatkannya.
“Namun
apabila aku melihat keluar jendela, ketika lilin berdetap dan biola menjeritkan
angin malam, aku tidak melihat sebuah kota di bawah sana, jalan-jalan kukenal
seperti lenyap, lantas meninggalkan ruang angkasa hitam yang bergema dengan
gerakan dan muzik, dan ternyata tidak ada kejadian di bumi yang boleh menjelaskan
keanehan ini.”
Sejarah dalam cerita berjudul Rats in the Wall menjadi kubur puaka di
bawah minda. Seperti The Music of Erich
Zann, Lovecraft bermain dengan bunyi untuk menggerakkan cerita dan membina
suasana ketakutan sehingga bukan penceritanya sahaja yang berdebar-debar dan
tertanya-tanya akan misteri bunyi di dalam dinding rumah istananya, tetapi kita
sebagai pembaca juga. Ternyata di bawah istana kuno ini (ia dikatakan dibina
dari zaman Romawi) terdapat kuburan mayat, tulang rangka manusia, dan tikus
yang banyak dan hidup dengan memamah daging orang. Istana ini bukan memelihara
sejarah sebuah keluarga, tetapi ia memendamkan sejarah itu menjadi sumpahan
keturunan.
Manusia sering kali berbangga
dengan sejarah dan warisan keluarga. Lalu kita menyimpan barang-barang antik,
kita memelihara rumah nenek moyang, dan kita mempertahankan nama keluarga yang
diberikan kepada kita sebagai anugerah terhormat. Di luar penulisan fiksyen, Lovecraft
juga berbangga dengan sejarah keluarganya, malah dia sering kali menonjolkan
perwatakan lelaki budiman dari abad kesembilan belas. Kebanggaan ini,
malangnya, membangkitkan rasa takut dan jijik dalam diri Lovecraft terhadap
orang Afrika dan Asia yang dia percaya suatu hari nanti akan bertambah ramai
dan bakal mencemarkan kesucian darah bangsa kulit putih. Barangkali fiksyen
adalah jalan keluar, sumber meditasi, dan mantera pembersihan rohani buat
Lovecraft. Dia harus berdepan dengan ketakutan untuk menundukkan ketakutan itu.
Wataknya harus terlebih dahulu mati atau diancam dengan kematian, sebelum
Lovecraft sendiri dapat bangkit semula sebagai manusia yang berbeza.
Satu lagi teknik kegemaran,
bahkan sumber inspirasi, Lovecraft adalah mimpi. Dalam dunia Lovecraft mimpi
bukan tangga-tangga seksualiti ke alam bawah sedar Freud. Barangkali hanya
Stephen King yang percaya makhluk-makhluk asing bersayap kelawar dan berkepala
sotong ciptaan Lovecraft adalah simbol ketakutannya pada wanita. Namun
berdasarkan sejumlah cerpen Lovecraft yang telah dikategorikan oleh pengikutnya
sebagai “Kitaran Mimpi,” kita boleh percaya mimpi adalah pintu Lovecraft ke
dunia lain. Bukan untuk melarikan diri
dari realiti, seperti mana sastera imaginatif sering dituduh dan dihukum oleh
kesatria-kesatria moraliti dan kebenaran. Sebaliknya: Lovecraft mencipta mimpi
sebagai kaedah terbaik untuk dia berdepan dengan realiti. Donald Tyson dalam
buku kajiannya berjudul The Dream World
of H. P. Lovecraft: His Life, His Demons, His Universe, menegaskan mimpi
adalah sumber utama kepada alam imaginasi Lovecraft, dan mimpi itu berpunca
daripada kitab yang Lovecraft sendiri temui dan baca dalam mimpinya iaitu
Necronomicon. Justeru, kalau dunia Lovecraft sering dikenali sebagai “Mitos
Cthulhu” berdasarkan label yang diberikan oleh August Darleth, Tyson mengubahnya
kepada “Mitos Necronomicon.”
Kebanyakan daripada kita hidup
setiap hari hanya dalam satu dunia – dunia jasmani – kerana kita percaya pada
kesedaran minda. Tetapi tanggapan minda manusia sering kali lebih mengelirukan
berbanding apa dia lihat di alam mimpi. Minda manusia telah diprogramkan dan
dibudayakan dengan kepercayaan bahawa kebahagiaan di atas dunia ini adalah
hedonistik dan akan berkekalan, walaupun selepas mati. Sementara alam mimpi
berada di luar kawalan minda dan lebih dekat dan realistik dalam mengingatkan
manusia kepada kebenaran paling mutlak dan menakutkan: kita semua akan mati dan
meninggalkan alam jasmani. Lovecraft, melebihi mana-mana pengarang dalam
sejarah kesusasteraan, mencipta mimpi, kerana itu sahaja cara dia boleh lakukan
untuk menutup pintu-pintu kebenaran, kutukan, dan amaran daripada melimpah
masuk ke dalam minda sedarnya.
Asalnya seorang penulis
mandiri dan bawah tanah, kini H. P. Lovecraft telah berada di status klasik dan
mahaguru dalam tradisi sastera imaginatif bersama Edgar Allan Poe, Jorge Luis
Borges, Italo Calvino, Ray Bradbury, Arthur Machen, dan Lord Dunsany. Kesemua
cerpennya telah dibukukan dalam siri tiga jilid terbitan The Library of America
dan juga siri tiga jilid terbitan Penguin Classics. Legasi cerita ajaib yang
Lovecraft tinggalkan masih belum dikenali mahupun diterima oleh pembaca umum di
mana-mana. Namun dengan kedatangan dan revolusi cerita ajaib oleh penulis Mitos
Ketiga, Lovecraft boleh tidur dengan tenang dan terus bermimpi.
Wednesday, 19 August 2015
Memahami Cerekawala Bahagian 1
Seperti penciptaan, Tuhan, mengikut kepercayaan kita, membina segala-galanya daripada kekosongan. Masuklah alam sarwajagat dengan ketentuan tubuhnya yang tertentu, yang dapat kita fahami, sekurang-kurangnya sedikit akan duduk letaknya, dengan fizik, dan hal ini mementingkan logik atau mantik, suatu tindakan rasional, penggunaan akal dalam kita melakukan perbadingan dan mencari maksud dan makna akan setiap fenomena yang kita lihat di sekeliling, dan angkasa tika mendongak.
Dalam kefahaman Islam, memang jelas, fakulti yang menerobos ilmu dan dunia sains, menjadi dunia penuh ketentuan tambah tolak dan kepersisan rangkap rumus matematik (hal ini disindir dengan tanggap salah ala Orientalisme dalam naskhah, kemudian filem The Adventure of Baron Manchausen terhadap keunggulan, ke dan kekayaan tetapi magis dan antisains-moden Sultan Turki) dalam memahami bagaimana alam "berfungsi". Menariknya, atas penelitian begitu menekan dan mendalam ini, terdapat kumpulan, mungkin individu (seperti era Andalusia, terdapat golongan penyair homoseksual yang dipanggil alait[?], dibiarkan hidup dalam alam Islam itu tetapi tidak dipuji ataupun disokong. Perkataan ini datang daripada kata akar lat atau lut [Nabi Lut]. Penulisan tentang rasa berahi mereka tetap dibaca, malah mendapat beberapa tempat dan dipuji atas kuasa estetiknya dari segi kefahaman sastera. Kononnya, atas pengecualian dan keterbiaran kumpulan penyair inilah, berlaku gerak hedonisme dalam alam Andalusia yang membuka jalan ke arah kejatuhannya di tangan Kastila dan Sepanyol Kristian) yang membanting faham akan keadaan "memikir serius" ini dengan memilih jalan membuka dunia di awang-awangan, yang mungkin kita panggil, fantasi dalam kefahaman sastera Barat. Hikayat 1001 Malam dibentuk, menjadi cerita dalam cerita paling dibual-bualkan, dengan alam khayal atau maya (peliknya, kini, kita mengaitkan maya dengan virtual, yakni keadaan yang dibuat-buatkan benar-benar nampak atas kebenarannya kepada keberadaan realiti kita). Dunia ini menjadi menarik kerana sengaja, apabila sudah betul kenal dengan "cara alam ini bergerak", melawannya dengan keadaan yang melanggar hal itu (tidak masuk juga kepercayaan Islam terhadap alam ghaib, yakni malaikat, yang sudah tentu membuka ruang akan dunia jin, dan seterusnya), melanggar logik atau alamiah duniawi.
Pentingnya di sini, dunia tersebut semahu-mahunya adalah "cerita" dan penceritaan. Seninya adalah dalam bercerita. Cerita di sini, berkait dengan suatu pergerakan hidup atau pengalaman, yang berangkai-rangkai. Rangkaian inilah "hikayat" dan dalam hikayatlah timbulnya pelbagai cerita. Cerita ini pula dikisahkan, selalunya, dengan niat murni, menerangkan, menyampaikan moral dan pengajaran sebalik kisahnya. Begitulah.
Bagaimanakah cerita-cerita ini dilihat sebagai suatu gelora sastera, khususnya prosa dalam persuratan Arab Islam, atau hanya dilihat sebagai hiburan waktu senggang, hal ini perlu diperjelaskan dan dicari. Kerana kita tahu, kisah-kisah dalam tradisi Islam, khususnya dalam dakwah, diteruskan, seperti mana golongan falsafah Yunani menggunakannya, atau Mahaguru alam Tao dan Confucius, mahupun Buddha dan Hindu. Dalam hal ini, ahli Sufi atau Tuan Guru bagi satu-satu tariqat, selalu menggunakan "cerita" yang terdapat juga kisah-kisah nabi, sahabat, wali (riwayat) dan juga kisah-kisah dari alam lain, serta haiwan binatang yang bercakap-cakap (terdapat sebuah hikayat lama, Kalilah wa Dimmah yang menghimpunkan kisah pelbagai binatang yang kononnya diminta kumpul oleh Iskandar Zulkarnain, yang diterjemahkan dan sekali diadaptasi daripada Panchatantra, persuratan India) sebagai penyampaian kisah moral, atau lebih jauh daripada itu, untuk menyampaikan suatu gagasan atau tangkapan renungan terhadap suatu perhitungan akan perilaku dan pemikiran. Kita faham benar, dalam Islam, setiapnya, walau sekecil-kecilnya (contoh kisah jari kelengkeng yang menjadi jari paling disayangi Tuhan) memberikan "manfaat". Tiada apa satu, walaupun kopi (ramai ahli Sufi dan para sarjana lama menggunakan ini untuk bangun malam, baik beribadah atau menulis kitab yang panjang sehingga subuh) atau duduk-duduk menikmati, menjadi suatu petanda dan penghayatan alam dengan Tuhan. Maka setiapnya itu diperlihat sebagai memberi suatu tanda perkembangan apabila disampaikan, seperti mahunya al-Quran sebagai sumber asas utama dalam penyampaian atas sifat sakral dan asasnya.
Dalam hal ini, minda manusia, khusus apabila sampai pada Barat (dan dilihat di sini, khusus Sepanyol yang mendekati alam Andalusia yang begitu pesat berkembang dengan sastera dan renungan ilmu, yang dapat menangkap dan menterjemahkan banyak kisah dan cerita lalu dijadikan kisah realiti mereka, dan hal ini dipusing dan dicanai berdekad lama, sehingga Cervantes dapat menghasilkan hikayat asli terbaik dalam dunia Sepanyol, Don Quixote) yang melihatkan ketiadaan untuk hasil karya itu memberi manfaat rohani atau akal tetapi lebih kepada perasaan dan edan cumbu yang berkaitan dengan rasa, membina dunia-dunia baharu yang menarik, mengkahayalkan, dan mempesona.
Maka dari sinilah, dengan kehebatan tradisi Barat dengan cerita naga, kefahaman dualisme (kisah lama Barat selalunya tentang pertentangan cahaya dengan kegelapan), magis dan dewal-dewa lama, terbentuklah mitos dan pengisahan baharu, membina dunia-dunia baharu yang menyampaikan, dan sebenarnya turut menyampaikan manfaat jika mereka mencari kemanfaatnya dalam hal dan perilaku ceritanya (sepertimana Alice in the Wonderland dikisahkan untuk bermain-main dan sekali gus menerangkan keindahan algoritma dan keberangkalian).
Menariknya, mengikut kata David Brin, dalam mencari kemanfaatan untuk renungan manusia dan memahami manusiawinya, fiksyen sains, yang merupakan antara anak daripada pecahan "genre bonda", yakni fantasi (kerana setiap budaya, termasuk kita, terbina daripada cerita-cerita alam maha besar yang lebih besar daripada kekerdilan kita, seperti dunia dewa dalam alam kita, atau epik Gilgamesh dengan pelbagai perubahan alam dan makhluknya dan pengaruh dan kedengkian dewa terhadap manusia dalam Illiad) memilih untuk keluar daripada cerekawala besar itu, dan memilih untuk menganuti "perubahan". Perubahan di sini, mengubah cara manusia melihat, untuk kebaikan dan keburukan masa hadapan. Perubahan di sini, berlingkar dalam fakulti yang paling wajib dalam dunia fiksyen sains, yakni persoalan "Apa kata jika?" (what if?). Menariknya, bagi Brin, banyak unsur fiksyen sains yang turut mengambil daripada cerekawala atau hikayat atau mitos atau fantasi (alam baharu penuh makhluk asing yang bersikap seperti dewa, secara contoh paling lemah), tetapi pemusatan fiksyen sains lebih berhubung dengan keadaan manusia itu sendiri memikirkan akan masa hadapannya, realitinya, pengalamannya terhadap persoalan-persoalan "apa kata jika?" berlaku, yang menghasilkan, sepatutnya, perubahan terhadap suatu pemikiran/gagasan baharu dalam cara manusia melihat alam "baharu" ini (novum) atau berjaga-jaga dengan keadaan baharunya (tema ini paling dan amat mudah diambil oleh penulis, malah menjadi tema paling popular, yakni berasa risau atau caution terhadap masa depan dan perilaku serba baharu, yang dibayangkan dengan baik sekali oleh Frankenstein, or The Modern Prometheus), kerana kekuatan fiksyen sains adalah untuk "belajar daripada kesilapan" sebelum kesilapan atau perubahan itu berlaku, namun dengan kesedaran tinggi, bahawa, manusia terus sahaja "berubah" dan perubahan yang membawa manusia ke arah masa depan yang lebih baik, bermanfaat.

"Science fiction contemplates the possibility of successfully defying fate, creating a better future through our own efforts."
Labels:
David Brin
Subscribe to:
Posts (Atom)